Salam member2 Retro, lama sungguh tak online, saja nak share gambar motor 3XV saya yang dah complete restore. Untuk tatapan kawan2, hargai motor 2T ni kerana tak lama lagi akan pupus di dunia.
Motor ni dah saya bawak ke Sepang untuk layan track day, convoi ke Melaka, PD, tak pernah sekali pun memberi masalah. Motor saya beli dari kawan atas kawan di Kapar Klang. Saya dah ganti
1.Swing arm baru.
2.Meter recond.
3.Mono overhaul gantikan minyak dan oil seal.
4.Fork depan dah ganti pakai minyak ohlins.
5.Fairing baru, complete set.
6.Ganti master cylinder radial nissin untuk brake depan
7.Powder coat rim, frame, sub frame. Jadi lebih tahan, tak mudah untuk calar.
8.Windscreen ori dari Jepun
9.RPM cutoff dari Jepun, so boleh rev sampai 12k RPM.
10.Tayar bridgestone BT003RS
Banyak masa dan RM telah dibelnajakan untuk mendapatkan kesempurnaan jentera yang memang menjadi idaman saya dari kecik dulu. Dulu2 selalu tengok kat showroom MSC kat PJ, tapi tak mampu untuk milikinya. Alhamdulillah sekarang berpeluang untuk mendampingi 3XV ni.
Kredit kepada Amer (Memerang Laut), Din kerana membantu saya merealisasikan mimpi ini.
Enjoy.
-- Edited by Hamidik on Thursday 19th of September 2013 11:35:16 AM
-- Edited by Hamidik on Thursday 19th of September 2013 11:51:56 AM