RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kisah Penyanyi Rock Inggeris Masuk Islam..


Guru

Status: Offline
Posts: 2256
Date:
Kisah Penyanyi Rock Inggeris Masuk Islam..


(Cat Stevens Yusof Islam)

Cat Stevens yang bertukar menjadi Yusof Islam, masuk Islam kerana sebuah buku Terjemahan Al-Quran, yang diterjemahkan oleh A. Yusof Ali.

Abang Cat Stevens adalah seorang paderi yang cukup kuat Kristiannya. Tiba-tiba abangnya masuk Islam. Pada mulanya Cat Stevens terkejut, dia terfikir bagaimanakah seorang paderi boleh masuk Islam. Akhirnya dia menyimpulkan bahawa abangnya jenis orang gila, sekejap kuat agama Kristian, kemudian menjadi penganut agama Islam pula.

Cats Stevens terus menjalani hidupnya sebagai seorang penyanyi, sibuk dengan pertunjukan pentas sana sini. Pada satu hari, ketika hari jadinya, abangnya yang telah masuk Islam datang ke rumahnya ketika Cat Stevens sedang mengadakan parti hari jadinya. Abangnya mengucapkan selamat hari jadi dan terus menghadiahkan satu bungkusan dan berkata Benda ini benda suci, tolong letakkan di tempat suci dan jangan kamu hina. Dia pun ambil dan letakkannya di meja bilik tidurnya.

Setelah habis pesta hari jadinya ketika dia mahu tidur, dia teringat dengan bungkusan yang diberikan oleh abangnya. Apabila dia buka bungkusan tersebut, itulah pertama kali dia terlihat sebuah buku dengan perkataan di kulitnya THE HOLY QURAN (Kitab Suci Al-Quran). Apabila dia melihat sahaja kitab itu dia terasa sesuatu yang ganjil dalam hatinya.

Aku buka buku dan aku cuba baca maknanya yang terdapat dalam Bahasa Inggeris, dari satu perkataan ke satu perkataan, dari satu ayat ke satu ayat, aku baca! Baca! Baca! Aku terasa satu macam dalam diriku. Aku tak tahu bagaimana nak gambarkannya tetapi aku memang rasa satu macam. Bermula dari situ, ke mana saja aku pergi, baik ke pertunjukkan pentas atau latihan muzik atau ke mana saja, aku bawa buku itu, aku bawa dalam beg pakaianku. Apabila selesai pertunjukkan pentas, balik ke hotel aku akan sambung baca. Begitulah dari semasa ke semasa.

Akhirnya Cat Stevens memasuki agama Islam dan menjadi penganut agama yang begitu taat sehingga dia menjadi pendakwah Islam pula sehingga sekarang ini. Namanya Cat Stevens juga ditukar kepada Yusof Islam.

Begitulah keadaannya apabila seseorang itu memahami Islam sebelum masuk Islam. Dia memahami setiap seelok-belok dan hukum Islam serta hati sanubarinya benar-benar yakin dengan Islam, barulah dia masuk Islam. Apabila sudah yakin, imannya tidak bergoyang.



__________________

012-3530389 - Rijal RX

Sani Motor,Kg.Sungai Tangkas.

 

 



Guru

Status: Offline
Posts: 1098
Date:

Adess, teman tfsir pun bape muke surat je bru bce lam tempoh 24taun ni... Huhuhu

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 480
Date:

yatchai wrote:

Adess, teman tfsir pun bape muke surat je bru bce lam tempoh 24taun ni... Huhuhu


 masih belum terlambat.....bole lagi membaca bila ada masa terluang....

yang pasti HATI kita mau kuat melawan nafsu Syaitan INSSYALLAH.....smilesmilesmile

ALLAHHUAKBAR!!!

ALLAHHUAKBAR!!!

ALLAHHUAKBAR!!!

 



__________________

Menjejak Pemilik RXZ 5 Speed



Guru

Status: Offline
Posts: 2256
Date:

yatchai wrote:

Adess, teman tfsir pun bape muke surat je bru bce lam tempoh 24taun ni... Huhuhu


 1 muko surat pun ko x baco lagi tu Yat..hahaha..ekau dok baco caro-caro nk modified enjin nsr 150rr yo..hahaha..



__________________

012-3530389 - Rijal RX

Sani Motor,Kg.Sungai Tangkas.

 

 



Guru

Status: Offline
Posts: 2256
Date:

Botak 5 speed wrote:
ALLAHHUAKBAR!!!

ALLAHHUAKBAR!!!

ALLAHHUAKBAR!!!

 


 Macam gayo oghe BLACKOUT 505 ni..hehehe..biggrinbiggrinbiggrin



__________________

012-3530389 - Rijal RX

Sani Motor,Kg.Sungai Tangkas.

 

 



Guru

Status: Offline
Posts: 1947
Date:

TAKBIR!!!!!...masyaALLAH..betapa kerdilnya kita umat manusia d atas bumi pinjaman ALLAH swt ini....

__________________

...solo rider....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 480
Date:

rizal_bangi wrote:
Botak 5 speed wrote:
ALLAHHUAKBAR!!!

ALLAHHUAKBAR!!!

ALLAHHUAKBAR!!!

 


 Macam gayo oghe BLACKOUT 505 ni..hehehe..biggrinbiggrinbiggrin


 mana ade bang.....cerita abang manyak best la....



__________________

Menjejak Pemilik RXZ 5 Speed



Guru

Status: Offline
Posts: 1098
Date:

Eh mano ado,, teman dlu rajin baco manggo jo.. Hehehe

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 2256
Date:

Botak 5 speed wrote:

 mana ade bang.....cerita abang manyak best la....


 hehehe..den sajo tembak yo tu Botak..jgn marah aaaa..



__________________

012-3530389 - Rijal RX

Sani Motor,Kg.Sungai Tangkas.

 

 



Guru

Status: Offline
Posts: 2256
Date:

yatchai wrote:

Eh mano ado,, teman dlu rajin baco manggo jo.. Hehehe


 hehe..byk duit ko jang boli majalah manggo tu..



__________________

012-3530389 - Rijal RX

Sani Motor,Kg.Sungai Tangkas.

 

 

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard