RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Malam Jumaat


Senior Member

Status: Offline
Posts: 137
Date:
Malam Jumaat


Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke Masjid
 jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal

 sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih
 duduk

 sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli
 kubur
memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan
 bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur

 masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual


 sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju
>
>
> kotor serta tidak berkumpul dengatn ahli-ahli kubur yang lain.
>
> Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah
>
> kerana sedih. Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa
> beberapa
>
> talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang
>
> gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa
> talam-talam
>
> itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam
> kuburnya.
>
> Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si
>
> pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.
>
> Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke
> dalam kuburnya.
>
> Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk
>
> bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu
> sedih
>
> mengapa ?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah
>
> engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar
> tadi?"
>
> tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam
> talam-talam
>
> itu?" tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu
>
> berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah
>
>
> mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran
> dan doa.
>
>
> Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari
>
> Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang
>
> lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia
> bahkan
>
> telah berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah
> untuk
>
> anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang
>
> mengingati si pemuda.
>
>
>
> Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat
>
> orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak
> menerimanya.
>
> Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya
> nama
>
> dan alamat ibunya agar ia dapat menyampaikan berita keadaan anaknya.
>
>
>
> Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada
>
> sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda
> tersebut.
>
> Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut
>
>
> lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar
> keterangan
>
> Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.
>
>
>
> Kemudian ia berkata :"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku.
>
> Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar
> dengan
>
> minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan
> tidur
>
> ketika kecilnya."
>
>
>
> Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis
>
> penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.
>
>
>
>
> "Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun
>
>
> meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cubauntuk melangkah si ibu
>
> menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya lalu
> keluar
>
> dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang
> ini
>
> dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak
> akan
>
> melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih
> hidup."
>
> Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin
>
> sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal.
>
>
>
> Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya
>
> oleh ibu pemuda tersebut. Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas
> itu,
>
> Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan
>
>
> sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena
> sekejap
>
> dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si
> pemuda
>
> yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama
> dengan
>
> memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat
> gumbira.
>
> Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy se raya berkata : "Wahai tuan
> Salih, aku
>
> ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. "
>
>
>
>
> "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi.
> "Eh,
>
> Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy. "Ya, Tahu." "Apa
>
>
> tandanya?"
>
>
>
> "Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada
>
>
> hari yang baik ini, yakni hari Jumaat." Salih Al Maizy
>
> terjaga dari tidurnya.Ia cubamengingati mimpinya dan merasa gumbira
> kerana
>
> sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa
> dari ibunya.
>
>
>
> Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).
>
>
>
> "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
>
> Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
>
>
> dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
>
> sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah
> Al-Ahzab:71)"



__________________

()

d.ridduan@yahoo.com

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard