Salam semua rakan2 kereta lama..Baik yang sehat,baik yang sakit,baik yang bujang atau yang berbini udah dua dan tiga.. Lama sudah tidak tersua.. Kerna kesibukkan yang telah melanda.. hingga air banjir melimpah sampai ke kepala.. namun harga minyak mentah tak turun2 juga.. Dulu lain kini dah lain.. sampai ada yang perut kempis,udah mula bersambung kain.. Ini ada sebuah cerita.. cerita terjadi di bawah tangga.. bukan tangga tempat ayam dan bapok2 muda.. tapi sekadar cerita buat tersengih kita semua.. Ada pun,telah di riwayatkan oleh seorg penukang kayu yang hebat..hinggakan begitu hebat sampai makan sambal belacan bermangkuk mangkuk..Kisah kehebatan beliau memakan sambal belacan,begitu tersohor sampai ke negara Bangladesh,dimana rakan baik beliau bernama Muhd Rafi Al Husin adalah seorg pemuda berasal daripada negara Bangladesh.. Beliau dan Muhd Rafi Al Husin adalah rakan baik,sewaktu mereka bersama2 belajar kursus masakan membuat kuih talam dan kuih lapis..namun kegembiraan mereka untuk mempelajari masakan kuih2 tersebut,berakhir dengan peristiwa tragis sekali. Dimana tenaga pengajar mereka iaitu Guru Sulaiman Tampoi,telah terlibat didalam satu kemalangan yang sungguh luar biasa,iaitu dapur tempat mereka belajar telah meletup dengan dahsyat nya sampai kan kepulan asap itu dapat di lihat sampai ke negara Burma utara dan telah mengakibatkan hutan simpan di Endau Rompin mengalami gegaran dan mengalami hujan yang mempunyai rasa kuih talam dan kuih lapis.. Menurut kata tok batin di hutan Endau Rompin itu,beliau dan keluarga begitu panik dengan gegaran yang berlaku namun kerna kehebatan tok batin itu menggunakan kayu2 hutan yang di import khas daripada hutan salji di kutub selatan bagi membuat rumah panjang beliau,rumah beliau terselamat daripada gegaran itu.Ketika kejadian berlaku,beliau sedang berada di dalam tandas terapung ciptaan anak menantu beliau yang kini di khabarkan sedang menyambung pelajaran ke menara gading atas desakan emak mertua dan adik2 ipar beliau. Lalu hendak dipendekkan cerita,kawan baik anak menantu tok batin yang sedang menyambung pelajaran ke menara gading iaitu encik Fahme Burger,beliau hendak menjual sport rim import yang datang nya daripada negara Jepun.Oleh itu,marilah kita sama2 menyaksikan gambar2 yang amat ghairah ini..
bukan yang ini yob..ini bapak saudara si Muhd Rafi Al Husin dari Bangladesh...
yang ini adalah ayam tok batin tu..ayam ni dikhabarkan telah diculik oleh tiga org penyamun yang hanya berseluar dalam.. dan dikhabarkan juga,bahawa tok batin hingga kini amat begitu rindu terhadap ayam itu sampaikan najis ayam ini di simpan di dalam balang kaca khas bagi memperingati ayam kesayangan beliau ini..
Yang ini pula ,makanan kegemaran arwah tenaga pengajar masakan kuih talam dan kuih lapis yang terkorban tempoh hari..
ini la budaya sebahagian org kita,asyik membuang sampah merata2 sampai monyet2 dan ungka,semuanya bermuram dengan manusia.."jadi dengan ini,saya mengambil kesempatan,jagalah hutan dan kebersihan bersama,untuk generasi masa hadapan kelak"..ujar Tok Batin itu dengan nada yang kesal disebabkan tahap pemikiran segelintir pihak yang tidak bertanggung jawab..
Ok..inilah sport rim nya.. Bersaiz 14" dan lebar pula 7" depan belakang sama saiz semuanya..
Anda boleh melihat bibir2 nya..lebar ke tidak..dan yang pasti,tiada sumbing dan tiada bengkang bengkok
ni gambor bahagian belakang nya...tengok le sendiri yob!!
yang ini tertera saiz nya..depan belakang sama saiz yob..
ini pula tertera buatan dari negara mana...dan yang pasti,ianya tidak dibuat di Jinjang dan di Kepong..
Info tentang Rim ini:
Ianya berlubang(PCD) 114.3 amat sesuai buat kereta2 lama pacuan roda belakang ibarat moto kelab Ostic Teluk Intan iaitu"Janji Tarik Belakang.." keadaan rim baik dan tiada yang menggores perasaan.. Ianya juga begitu hensem jika dipasang ke kereta yang telah di ubah suai sepenuh nya dan di pandu pula oleh Lisa Surihani atau pun mak janda seksi si Rozita Che Wan..
Harga pula dalam Seribu lebih..dan jika nak lebih bertanya,call aje le yob!!dan jika berlebih2 pula,bakal dicampakkan ke hutan Endau Rompin..
Lokasi barangan ialah di Teluk Intan,Perak dan tahun ini adalah tahun melawat Perak.. No talipon tangan si penjual ialah 012-5646 800..tolong jangan di sms,tak lalu nak membalasnya yob.. Nama si penjual ialah Encik Fahme Burger..
dan akhir kata dan akhir cerita,kuih lapis dan kuih talam yang deme belajor tu,tak sedap langsung..sampaikan kucing teman pun tak memandang nya..