RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: relax sebentar...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 145
Date:
relax sebentar...


 

Murid Tak Boleh Pakai.

Seorang guru meninggalkan kelasnya beberapa minit untuk ke tandas....


Ketika dia kembali ke kelas, dia sangat terkejut kerana semua muridnya sangat diam dan bersopan..tidak seperti biasa jika dia masuk ke dalam kelas tersebut, murid-muridnya pasti sedang bising dan bermain. Lalu guru itu berkata...


"Selama saya mengajar awak semua... tidak pernah pulak saya melihat keadaan ini. Ini sangat menghairankan... boleh sesiapa tolong beritahu.. apa sebenarnya yang terjadi?? guru itu bertanya dalam keadaan seperti hendak pitam...

Tiba-tiba.. salah seorang muridnya bangun dan berkata..


"sebab... cikgu pernah kata dulu... jika cikgu dapat melihat kami semua diam dan bersopan cikgu akan mati terkejut.... ha ha ha"


sambil memerhatikan gurunya jatuh ke lantai.. dan kelas kembali bising macam biasa...

 


Pandai anak aku.

Anak : Ibu tadi ada seorang pelajar jatuh dari kerusi.
Ibu: Jadi?
Anak: Semua orang gelak, kecuali saya.
Ibu: Man anak yg baik.
[Ibu mencium dahi anak nya]

Anak: Ibu nak tahu siapa yg jatuh tu?
Ibu: Siapa?
Anak: Sayalah.
Ibu: Cis

 



"Nasihat"

Ada tiga nasihat dari datuk saya mengenai cara memilih calon isteri:

1. Jangan mencari isteri seorang peniaga, kerana bimbang kebiasaan perniagaannya akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, nanti dia akan selalu cakap "Mahu yang macam ini tak mahu yang macam tu!"

2. Jangan mencari isteri seorang jururawat, kerana bimbang kebiasaan di hospital akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, nanti dia akan banyak mengatur dan selalu cakap "Awas jangan banyak gerak, jangan turun dulu !" kalau tidak pun dia suka cakap "Next"

4. isteri yang bekerja sebagai polis pun jangan, sebab dia suka cakap "Stop"

3. Tapi carilah isteri seorang cikgu tadika, kebiasaan di sekolahnya akan terbawa-bawa  sampai malam pengantin, paling tidak dia akan cakap "Ulangi perkara ini lima kali"

 



"Tak romantik lansung"

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?

Suami : Kenapa?

Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?

Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"

 

 

 

 

biggrinbiggrinbiggrinbiggrinbiggrinbiggrinbiggrinbiggrinbiggrin



__________________

seLamanya..selAmanya..

sELamanya hArimaU meLaya.. 

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard