RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PERBEZAAN ANTARA 'SEMBAHYANG' DAN 'SOLAT'


Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:
PERBEZAAN ANTARA 'SEMBAHYANG' DAN 'SOLAT'


PERBEZAAN ANTARA 'SEMBAHYANG' DAN 'SOLAT'

Semoga di bulan ini kita semua dapat membuat persediaan untuk menghadapi bulan yang mulia iaitu bulan ramahdan. Dibawah adalah sebuah perkongsian tentang perkataan 'Sembahyang' dan 'Solat' :

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan mementingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.



__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 418
Date:

perkongsian yg menarik...benda yg baik, kalu diulang-ulang masyarakat akan jadi baik....

kami ride, kami juga solat....InsyaAllah...Allahuakbar!!!....



__________________
Hidup biar selamber, Ayat biar power...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 325
Date:

townapachee wrote:

perkongsian yg menarik...benda yg baik, kalu diulang-ulang masyarakat akan jadi baik....

kami ride, kami juga solat....InsyaAllah...Allahuakbar!!!....


 contoh yang baik....biar ramai jemaah masjid bila geng retro

berhenti solat, lagi pun kita tak tahu bila ajal akan menjemput kita..



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 418
Date:

dengan izin Allah RMR telah terkenal di mata peminat-peminat dunia permotoran di Smenanjung Malaysia dan Malaysia timur....

kebanyakan RMR ramai dtg dari kalangan yg beragama Islam...mari kita hebatkan lagi RMR dengan pengukuhan akhlak dn memantapkn akidah ahli2nya...

agar sokongan kuat dr luar yg sedia ada beserta redha Allah akan dapat menghidupkan kelab permotoran RMR untuk suatu jangka masa yg lebih panjang dn lebih dikenali utk semua bangsa...ini doa saya...Allahua'lam...



-- Edited by townapachee on Monday 9th of January 2012 06:33:06 AM

__________________
Hidup biar selamber, Ayat biar power...


Guru

Status: Offline
Posts: 1531
Date:

images?q=tbn:ANd9GcRs4pDjp5GyWLQMxfQReR3JLl17ibig-lTwbY07q8X5UfzgfU0_8QgyDcfY

bagaimana pula dengan banner2 yg terdapat di kebnyakan masjid ni??



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard