Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir
dengan Allah. Katakanlah apa
sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah
s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir
dandoa didalamnya.
Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana
yang paling hampir antara seseorang
hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu
memperbanyakkan doa di dalamnya."
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah
untuk kita ikuti. Salah satunya
yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir
dalam solat.
"Ya Allah, tambahkanlah bagiku
rezeki yang banyak lagi halal, imam yang
benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi,
hati yang bersih dan kejayaan yang besar." Semoga dengan mengamalkan
doa
itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita
dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.
Banyak kelebihan memanjangkan sujud
dan memperbanyakkan doa di dalamnya.
Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat
hairan kerana lamanya baginda bersujud.
Keistimewaan umatnya yang bersujud telah
disebut oleh baginda dalam
sabdanya yang bermaksud:-
"Tiadalah ada seorang umatku melainkan
aku yang akan mengenalinya di hari
kiamat"
Mendengar itu para sahabat bertanya:
"Bagaimanakah engkau dapat mengenali
mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"
Jawab baginda: "Tidakkah engkau
melihat seandainya sekumpulan unta
dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula
terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat
mengenalinya?"
Sahabat Menjawab: "Bahkan !"
Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya
pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan
mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota
wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"
KEISTIMEWAANNYA
Ahli neraka juga mendapat keselamatan
kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.
a. w. bersabda yang bermaksud:-
"Apabila Allah hendak melimpahkan
Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli
neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya
mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan
dan
mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah
menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka
pun keluar dari neraka,maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka
selain bekas sujud"
Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya
yang bersujud. Orang yang sujud
mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah
tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba
yang benar-benar mendapat rahmat.
Wassalam.
"Tunjangkanlah resah mu di dada
SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman
DOA, Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu
dgn
keIKHLASAN hati."
()
d.ridduan@yahoo.com