Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah, Pandangan nafsu selalu melulu, Dan pandangan hatilah yg hakiki, kalau hati itu bersih..
Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta, Mati satu tarikh tidak dapat ditunda...
Bila mata bertemu mata akan mula rasa kasih. Bila hati bertemu hati akan mula rasa sayang. Tapi....bila dahi bertemu sejadah akan terasa kebesaran Allah S.W.T
Menuntut ilmu adalah taqwa, Menyampaikan ilmu adalah ibadah, Mengulang2 ilmu adalah zikir, Mencari ilmu adalah jihad, (Al-Ghazali)
"Setiap kesulitan itu akan bertambah apabila dihitung-hitung tetapi akan hilang apabila kita tidak menghiraukannya lagi..."
Kalau kita berada di alam tabii yg indah, kita tidak terasa keindahannya, bukan ertinya alam ini tidak indah, tapi jiwa kitalah yg tidak indah..
Sesungguhnya mati jasad kerana roh, Mati roh kerana tiada ilmu, Mati ilmu kerana tiada amal Dan mati amal kerana tiada istiqomah.
Kesedihan itu lumrah. Mengingatinya kembali mungkin tidak akan mampu menyembunyikan luka hidup tetap menilainya semula dengan mata hati berbeza mungkin mampu membuat diri meneruskan hidup dengan tabah.
Ilmu adalah teras kepada ajaran ISLAM, tanpa ilmu manusia akan terseleweng mengikut kehendak akal dan hawa nafsu sehingga akhirnya agama dijadikan mainan.
Agama menjadi sendi. Pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi runtuhlah hidup Dan kalau tidak berpenjaganya, binasalah hayat. Kerana org yang terhormat itu,.. Kehormatannya itulah yang melarangnya berbuat jahat.
Inginkan mutiara selamilah lautan, Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan, Inginkan kejayaan relailah pengorbanan.. Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu kemanisan.......
Hidup memerlukan pengorbanan, Pengorbanan memerlukan perjuangan, Perjuangan memerlukan kekuatan, Kekuatan memerlukan keyakinan, Keyakinan menentukan kejayaan, Kejayaan membawa kebahagiaan...
Hidup tanpa cita-cita adalah mati Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi
Ilmu penyuluh hati yg bersih, Pengorbanan memerlukan usaha yg gigih, Natijahnya kejayaan bakal diraih, Kutuman senyuman akan tersurih, Berkat doa kepada yang Maha Pengasih...
Diam merupakan sebuah keputusan hukum Sebaik baik perkataan adalah yang sedikit Namun dapat menjadi petunjuk Keselamatan seseorang terletak pada penjagaan lisannya Siapa yang manis lisannya pasti akan ramai kawannya
Yang lahir dari hati adalah keikhlasan Yang datang dari akal adalah kewarasan Bersatulah hati dan akal Melawan nafsu yang bakal memusnahkan
Harta yang paling indah adalah sabar Teman yang paling akrab adalah amal Pengawal yang paling waspada adalah diam Bahasa yang paling manis adalah senyum Dan ibadah yang paling indah adalah kyusuk
" Tunjangkan resah mu di dada solat, Himpunkan peritmu digenggaman doa, Tutupi kekecewaan dgn taqwa, Dan nilailah kesucian dirimu melalui keikhlasan hati".
Hidupkan Rasa Bertuhan... Suburkan Rasa Kehambaan..
Rahsia dihati tak siapa yang tahuhanya Allah s.w.t