RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Al Quraan Menjawab Teka Teki Pembinaan Piramid


Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:
Al Quraan Menjawab Teka Teki Pembinaan Piramid


Selama ini kita menyangkakan piramid dibina dari bongkah batu... ternyata salah... AL Quraan telah menjawabnya 1400 tahun dahulu... Subhanallah!!
 
 

 

download?mid=1%5f25053%5fAOXjimIAAQlfTqBE9QBWCH60p7U&pid=2&fid=Inbox&inline=1
Sejak lama para ilmuwan bingung bagaimana cara sebuah piramid dibina.Ini kerana teknologi mengangkat batu-batu besar yang boleh mencapai ribuan kilogram ke puncak-puncak bangunan belum ditemui di zamannya. Apa rahsia di balik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Desember 2006, menerbitkan berita ilmiah yang mengesahkan bahwa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid! Menurut penyelidikan tersebut disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah tanah liat yang dipanaskan hingga membentuk batu keras yang sukar dibezakan dengan batu aslinya.

Para ilmuwan mengatakan bahawa Firaun mahir dalam ilmu kimia dalam memproses tanah liat hingga menjadi batu. Dan teknik tersebut menjadi perkara yang sangat rahsia jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang ditinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Michel Profesor Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batu: batu semulajadi dan batu-batu yang dibuat secara manual atau olahan tanah liat.

Dan dalam penyelidikan yang diterbitkan oleh majalah âJournal of American Ceramic Societyâ menegaskan bahawa Firaun menggunakan jenis tanah slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Ini kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sementara untuk dasarnya, Firaun menggunakan batu alam.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur di tungku perapian yang dipanaskan dengan wap air garam dan berhasil membuat wap air sehingga membentuk campuran tanah liat.

Kemudian olahan itu dituangkan dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diolah menurut ukuran yang diinginkan tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

download?mid=1%5f25053%5fAOXjimIAAQlfTqBE9QBWCH60p7U&pid=3&fid=Inbox&inline=1
Profesor Davidovits telah mengambil batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut dan menemui jejak reaksi cepat yang menegaskan bahawa batu diperbuat dari lumpur.

Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu membezakan antara batu semulajadi dan batu buatan.

Dengan kaedah pembuatan batu besar melalui cara ini, seorang profesor memerlukan waktu sepuluh hari hingga mirip dengan batu aslinya.

Sebelumnya, seorang ilmuwan Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawaban dari rahsia di balik pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid.

Ia pun berkata, âSetelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang saya baru yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.â
download?mid=1%5f25053%5fAOXjimIAAQlfTqBE9QBWCH60p7U&pid=4&fid=Inbox&inline=1
(Gambar dari batu piramid).
 
Penemuan oleh Profesor Prancis Joseph Davidovits soal batu-batu piramid yang ternyata terbuat dari olahan lumpur ini memakan waktu sekitar dua puluh tahun.

Satu kajian yang lama tentang piramid Bosnia, "Piramid Matahari" dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat! Ini menegaskan bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.
Sekeping gambar yang digunakan dalam casting batu-batu kuno piramid matahari mengalir di Bosnia, dan kebenaran ilmiah mengatakan bahawa sangat jelas bahawa kaedah tertentu pada pengecoran batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam peradaban yang berbeza baik Rom atau Firaun!

Al-Quran Ternyata Lebih Dulu Punya Jawaban

Jika difahami lebih dalam, ternyata Alquran telah mengungkapkan hal ini 1400 tahun sebelum mereka mengungkapkannya, perhatikan sebuah ayat dalam Al Quran berikut ini:



âDan berkata Fir'aun: âHai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku BANGUNAN YANG TINGGI supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan Sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa Dia Termasuk orang-orang pendusta." (Al-Qashash:38)

Subhanallah! bukti menakjubkan yang menunjukkan bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam peradaban tinggi pada masa itu, juga dibina dari tanah liat! Al-Quran adalah kitab pertama yang mengungkapkan rahsia pembinaan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika dan Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi SAW tidak pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, malah mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa Nabi SAW ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satupun di muka bumi ini pada waktu itu yang mengetahui tentang rahsia piramid.

Sebelum ini, para ilmuwan tidak yakin bahAwa Firaun menggunakan tanah liat dan panas untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad SAW, berbilang tahun setelah berakhirnya dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kelak dinamakan Piramid menggunakan.........TANAH LIAT

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat membuktikan bahawa nabi Muhammad SAW tidaklah berbicara sesuai hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah yang menciptakan Firaun dan m

__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

 



Guru

Status: Offline
Posts: 1952
Date:

fuhhhhh!!!! tersentak sekejap.....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

__________________

in memory PBX 540,AR 4476 ... now with BFF 2636  .....Klang / Shah Alam 012-6044007 , 011-31549405

 

 



Guru

Status: Offline
Posts: 1531
Date:

Alhamdulillah..ilmu pengetahuan yg amt berguna..

__________________
MKI


Senior Member

Status: Offline
Posts: 112
Date:

segalanya telah termaktub isinya yang tersurat mahupun tersurat... ilmu untuk diri kita.. Kebesaran yang maha Esa..

__________________

"Back to the Oldschool"

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard