RASULULLAH SAW bersabda: " barang sesiapa berwuduk dengan membaguskan wuduknya maka keluarlah dosa-dosanya dari kuku jari-jemarinya."(hadis riwayat muslim)
wuduk yang sempurna disertakan niat yang jelas pasti dirahmati Allah SWT.insya-Allah,kita akan mendapat solat yang khusyuk dan di terima Allah SWT.banyak hikmahnya berwuduk disertakan dengan niat kerana ia bukan saha berguna di dunia malah di akhirat dengan dengan keredaan-NYA.:
*KETIKA BERKUMUR: berniatlah,"Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini."penjelasannya setiap hari kita bercakap perkara tidak berfaedah dan dengan niat berkenaan,semoga kita tidak dapat lagi memperkatakan sesuatu yang tidak membawa kebaikan. *KETIKA MEMBASUH MUKA: berniatlah,"Ya Allah,putihkanlah wajahku di akhirat kelak.janganlah kau hitamkan muka ku ini."penjelasannya,ahli syurga,wajah mereka berseri-seri dan semoga kita tergolong di kalangan mereka.
*KETIKA MEMBASUH TANGAN KANAN: berniatlah,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini."penjelasannya ahli syurga diberikan hisabnya di tangan kanan.
*KETIKA MEMBASUH TANGAN KIRI: berniatlah,"Ya Allah,janganlah kau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini."penjelasannya,ahli neraka diberikan hisab di tangan kiri.
*KETIKA MEMBASUH KEPALA: berniatlah,"Ya Allah,lindungilah aku daripada panas terik matahari di padang Masyar dengan Arasy-mu."penjelasannya,panas di Padang Mahsyar seperti matahari sejangkal di atas kepala. *KETIKA MEMBASUH TELINGA: berniatlah,"Ya Allah,ampunilah dosa telingaku ini."penjelasannya,setiap hari kita mendengar orang mengumpat,memfitnah dan lain-lain perkataan buruk.
*KETIKA MEMBASUH KAKI KANAN: berniatlah,"Ya Allah,permudahkanlah aku melintsai siratul mustaqim."penjelasannya,ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
*KETIKA MEMBASUH KAKI KIRI: berniatlah,"Ya Allah,bawakanlah aku pergi ke masjid,surau dan bukan tempat bermaksiat."penjelasannya,qada'dan qadar kita di tangan Allah SWT.