RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: suzuki gs susah mau start lepas cuti panjang

Member

Status: Offline
Posts: 12
Date:
suzuki gs susah mau start lepas cuti panjang

sejak perjumpaan di PD saya bungkus GS saya utk berehat seketika...3 hari lepas saya cuba hidupkan..punyalah susah..batteri dah charge tapi lepas crank 5 minit dia flat balik....kesilapan saya ialah saya jump start dari kereta..kawan saya kata itu boleh merosakkan rectifier dan wiring...kata dia lagi..masuk gear 2 dan tolak...tapi kena 2 orang sebab moto berat..ada cara lain tak?..macamana nak tau rectifier saya dah rosak?...minta nasihat.disbelief

__________________

GS550
SI KUDA HITAM

Guru

Status: Offline
Posts: 794
Date:

Cuba check dulu takut bateri tu dah nak kong.minyak de turun ke carb tak?Plug de api ke tak?
Nak check rectiifer ok ke tak dah start motor bukak kepala bateri kalu engine tak berhenti ok la tu.

Setakat jump start dari keta...........tade masalah la bro lain la kalu bro letak wayar nya polariti yg salah.

GSX750 saya pun bateri flat saya jump start dari keta saya ok je tade masalah pun!

Ni setakat pengalaman setahun jagung saya la.

Peace

__________________

Senior Member

Status: Offline
Posts: 373
Date:

btol ckap otai..tp kadang2 valve seal da ketat...

__________________
"A way road to success is always under construction"

Member

Status: Offline
Posts: 12
Date:

saya sedang mencari sebuah workshop di labohan dagang..owner w/shop tu org panggil Bro Kunan..ada sesiapa yg memiliki Hp number beliau???

__________________

GS550
SI KUDA HITAM

Guru

Status: Offline
Posts: 1214
Date:

adoyai bro.
bawak sabar k.

__________________
ape lah yg ada pada nama
ape lah yg ada pada gelaran
sampai masa kite akan jatuh
beringatlah

BERMACAM2 RAYBAN DAN AKSESORI RAYBAN UNTUK DIJUAL.
PM SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT.

Guru

Status: Offline
Posts: 784
Date:

mesti bateri kong ni..
moto lame bnyk gune kuasa bateri..
rajin2 lah check bateri..
hihihihi...

__________________

Senior Member

Status: Offline
Posts: 260
Date:

Otai31k wrote:

Cuba check dulu takut bateri tu dah nak kong.minyak de turun ke carb tak?Plug de api ke tak?
Nak check rectiifer ok ke tak dah start motor bukak kepala bateri kalu engine tak berhenti ok la tu.

Setakat jump start dari keta...........tade masalah la bro lain la kalu bro letak wayar nya polariti yg salah.

GSX750 saya pun bateri flat saya jump start dari keta saya ok je tade masalah pun!

Ni setakat pengalaman setahun jagung saya la.

Peace

akum,cuba hantar charge bateri tu dulu kemudian chek keupayaan bateri melalui alat test kat kedai tu..kalu power dia ok pasang semula dimotosikal anda,cuba hidupkn motosikal trsbut..cabut spark plug test kt body ada api ke x?minyak ada sedut ke tidak..yg mana satoo bobiyen?nanti kita smbung lg,k.....

__________________

ajimtrsprts

Senior Member

Status: Offline
Posts: 260
Date:

OOOOOOPppps..utuk rujukn brsama:satu kali crank enjin membuatkn kita trpaksa mengerakkn kenderaan trsebut sejauh 15km baru cas satu kali crank td dpt dicover semula..kalau dh rank 5kali??dh trpaksa 75km kena jalan,..kalau 10kali?100kali?1000kali,sejuta?????woowwwwwjauh nk kena jln..ek?

__________________

ajimtrsprts

Member

Status: Offline
Posts: 12
Date:

saya dah dapat detect..masalah bateri.... kalau batt week memang susah mau hidup...api dari spark plug memang ada...anyway thanks for all info..saya mula rasakan keseronokan motosikal klasik...kalau motor baru..keseronokan bermula bila kita menunggang keluar dari kedai,bagi motor klasik ia bermula bila kita mula memegang spanar.smile

__________________

GS550
SI KUDA HITAM

Guru

Status: Offline
Posts: 3156
Date:

RETROHERO wrote:

awwawwaww

__________________

"SETTING BY MYSELF"

http://supermario-moomos.blogspot.com

https://www.facebook.com/nmoomos

Senior Member

Status: Offline
Posts: 235
Date:

RETROHERO wrote:

sejak perjumpaan di PD saya bungkus GS saya utk berehat seketika...3 hari lepas saya cuba hidupkan..punyalah susah..batteri dah charge tapi lepas crank 5 minit dia flat balik....kesilapan saya ialah saya jump start dari kereta..kawan saya kata itu boleh merosakkan rectifier dan wiring...kata dia lagi..masuk gear 2 dan tolak...tapi kena 2 orang sebab moto berat..ada cara lain tak?..macamana nak tau rectifier saya dah rosak?...minta nasihat.disbelief

hehehehe ..... kawan ko tu "mekanik otai spesel" kot?

Nie pun bukan kali pertama saya dengar kes sedemikian yang di ucap oleh mereka yang so-called specialist ..... senang jer kalau takut jump start dari bateri kete bole rosakkan rectifier dan lain2 ..... tolak moto lah citernya ..... tak larat tolak moto, panggil lori tolong angkutkan ..... tu lah jalan penyelesaiannya .... hehehe

Sekadar pendapat saya ..... jangan marah ya ....

Terima kasih

__________________

Senior Member

Status: Offline
Posts: 235
Date:

RETROHERO wrote:

saya dah dapat detect..masalah bateri.... kalau batt week memang susah mau hidup...api dari spark plug memang ada...anyway thanks for all info..saya mula rasakan keseronokan motosikal klasik...kalau motor baru..keseronokan bermula bila kita menunggang keluar dari kedai,bagi motor klasik ia bermula bila kita mula memegang spanar.smile

GS550 - DOHC, 4 inline, 196kg, 6 speed gearbox and top speed 110mph (176kph) 

Kalau setakat 3-4 hari tak star tu takde masalah ..... GS550 walaupun bateri lemah ada satu lagi cara boleh start selain daripada tolak moto ..... buka wayar lampu besar ...... kalau enjin sejuk, tarik choke ....... semasa tekan punat butang start, ko tendang kick starter berkali-kali pada masa yang sama .... moga2 ia boleh hidup ;)

setahu saya .... GS550 bukan dalam kategorikan moto klasik tapi sebagai klasik moden

Sekadar pendapat suku sen saya

Terima kasih

__________________

Senior Member

Status: Offline
Posts: 235
Date:

atimtrsprts wrote:

OOOOOOPppps..utuk rujukn brsama:satu kali crank enjin membuatkn kita trpaksa mengerakkn kenderaan trsebut sejauh 15km baru cas satu kali crank td dpt dicover semula..kalau dh rank 5kali??dh trpaksa 75km kena jalan,..kalau 10kali?100kali?1000kali,sejuta?????woowwwwwjauh nk kena jln..ek?

 wow! fakta yang menarik nie ....

__________________

Member

Status: Offline
Posts: 12
Date:

masalah utama moto saya sudah terjawab...ada parts yg tak mengikut spec..main hantam saja dia bubuh ..patut batt selalu lemah...saya baru saja ambil moto saya di kedai AH Seng dekat stor dewan bandaraya di cheras..beberapa gasket juga dah ditukar selepas tanda2 leaking dikesan....pagi nih deruman enjin GS 550 telah memecah keheningan pagi sepanjang perjalanan ke tempat kerja.....aku mula merasakan kehebatan retro bike apabila ada yang menjeling sambil didalam hati berkata ..motor apakah ini.

__________________

GS550
SI KUDA HITAM

Member

Status: Offline
Posts: 12
Date:

kalau classic biasanya orang refer kat moto 2 lama yg dah lebih 40 yrs...macam norton,BSA,enfield.

kalau retro nih biasanya belum mencecah 40 tahun lagi usianya...sorry kalau statement saya tersalah.wink

__________________

GS550
SI KUDA HITAM

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 67
Date:

Salam raya maaf zahir batin Saya ada sebuah Gs 550 repair dah banyak makan duit cabureta pun dah tukar kereta tapi belum jumpa apa masaalahnya.makan pluk dan sekarang 2pluk tengah tak hidup.minta tolong workshop mana ok nak repair boleh?

__________________
kiki

Senior Member

Status: Offline
Posts: 235
Date:

gs550 wrote:

Salam. Jangan2 intake manifold yang di modify untuk pasang karburetor moto GS ko tu tak "seimbang" tak? Makna lebih kurang cam, satu side lebih petrol di sedut masuk dan satu side kurang kot? Julat suhu plug kena sama pada ke-rmpat2 plug dan cuba cek ignition coil / plug coilnya tengok ada rosak tak? Kemungkinan besar masalah penalaan karburetor yang tidak seimbang.

Sekadar pendapat suku sen saya. Kalau salah, sila betulkan

Terima kasih 

__________________

Senior Member

Status: Offline
Posts: 235
Date:

RETROHERO wrote:

masalah utama moto saya sudah terjawab...ada parts yg tak mengikut spec..main hantam saja dia bubuh ..patut batt selalu lemah...saya baru saja ambil moto saya di kedai AH Seng dekat stor dewan bandaraya di cheras..beberapa gasket juga dah ditukar selepas tanda2 leaking dikesan....pagi nih deruman enjin GS 550 telah memecah keheningan pagi sepanjang perjalanan ke tempat kerja.....aku mula merasakan kehebatan retro bike apabila ada yang menjeling sambil didalam hati berkata ..motor apakah ini.

Salam,

Bagus lah masalah moto dah settle ... boleh terus berkonvoi lagi!

__________________

Senior Member

Status: Offline
Posts: 235
Date:

RETROHERO wrote:

kalau classic biasanya orang refer kat moto 2 lama yg dah lebih 40 yrs...macam norton,BSA,enfield.

kalau retro nih biasanya belum mencecah 40 tahun lagi usianya...sorry kalau statement saya tersalah.wink

Setahu saya ....

....status klasik (classic) diberikan kepada "segulungan motosikal atau kereta yang terpilih" yang usia melebihi 25 tahun

...... manakala status antik (antique) diberikan kepada "segulungan motosikal atau kereta yang terpilih" yang usia melebihi 40 atau 50 tahun

...... manakala status veteran diberikan kepada "segulungan motosikal atau kereta yang terpilih" yang usia melebihi 60 tahun

Kalau salah, sila betulkan

Terima kasih

Norty

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard