RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Meninggalkan Solat Jumaat


Senior Member

Status: Offline
Posts: 480
Date:
Meninggalkan Solat Jumaat


 

"Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:

Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai? H.R Muslim.

Huraian :

Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syari sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.

Ingatlah.....sebelum kita menutup mata



__________________

Menjejak Pemilik RXZ 5 Speed



Guru

Status: Offline
Posts: 1947
Date:

ALLAHUAKBAR!!!

__________________

...solo rider....

jem


Senior Member

Status: Offline
Posts: 282
Date:

amin........

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 2256
Date:

Patut ah maso den Sekolah Vokay di Batu Tiga S.Alam..buto habiss..failed perikso..poteng jumaat kerap sangat..dok ateh loteng dorm..hahaha..t.q botak coz sharing.



__________________

012-3530389 - Rijal RX

Sani Motor,Kg.Sungai Tangkas.

 

 

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard