RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Pesanan Semasa Mendengar Azan


Senior Member

Status: Offline
Posts: 480
Date:
Pesanan Semasa Mendengar Azan


Pesanan Semasa Mendengar Azan

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah Lailahaillallah. . yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut , Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Lailahaillallah. ..semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin.. amin Yarobbal alamin..

 

 



__________________

Menjejak Pemilik RXZ 5 Speed



Guru

Status: Offline
Posts: 1098
Date:

ya Allah jauhkan kami dari sifat begini,.. ble azan jgn preng3 ye...



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 1947
Date:

pesanan yg amat bermanfaat..trima kasih abg botak



__________________

...solo rider....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 418
Date:

pesanan yg begitu berguna....solat jgn tinggal....singgah2lah mesjid snang imam kenal kalu kita mati nnt....(" )v



__________________
Hidup biar selamber, Ayat biar power...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 480
Date:

townapachee wrote:

pesanan yg begitu berguna....solat jgn tinggal....singgah2lah mesjid snang imam kenal kalu kita mati nnt....(" )v


      smile i like



__________________

Menjejak Pemilik RXZ 5 Speed



Senior Member

Status: Offline
Posts: 480
Date:

zoulkapan wrote:

pesanan yg amat bermanfaat..trima kasih abg botak


     sekadar berkongsi......awwawwaww



__________________

Menjejak Pemilik RXZ 5 Speed



Guru

Status: Offline
Posts: 2256
Date:

Insaf seketika..lopeh ni buek balik..hehehe..



__________________

012-3530389 - Rijal RX

Sani Motor,Kg.Sungai Tangkas.

 

 

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard