RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: EMPAT KUNCI KEBAHAGIAAN


Guru

Status: Offline
Posts: 1947
Date:
EMPAT KUNCI KEBAHAGIAAN


Hadis : 
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:":Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!"

Riwayat Ibnu Hibban

 

Huraian : 
i) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:

a) Wanita yang solehah - iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.

b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.

c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.

d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.

ii) Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.

iii) Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.



__________________

...solo rider....



Guru

Status: Offline
Posts: 1131
Date:

bagus informasi nie....leh jadi rujukan bersama antara kita sesama manusia...semuga ramai rakan yang akn bersama menjadikan ia sebagai panduan untuk dikonsikan bersama antara kita...alhamdulilah


__________________
tidak akan ada... yang baru jika tidak... bermula dari yang lama...

"wa caya lu brader!!!!!!!!! hensem!!!!!"


Guru

Status: Offline
Posts: 1947
Date:

semoga kita semua akan sentiasa dcucuri rahmat dn d kurniakn kebahgiaan d dunia mahupun akhirat..insyaALLAH..amin............

__________________

...solo rider....



Guru

Status: Offline
Posts: 2256
Date:

den cukup tersentuh kek collum (d),coz kenderaan den kono k**c**** dengan orang lem..bertaubat dah main jentera retro.Tak mau join moto lagi,den nak naik Star LRT,LRT yo buek maso ni..



__________________

012-3530389 - Rijal RX

Sani Motor,Kg.Sungai Tangkas.

 

 

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard