RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kenyataan Sifat 20


Member

Status: Offline
Posts: 19
Date:
Kenyataan Sifat 20



Bagi mengesakan Zat, Sifat
Salbiah digunakan sebagai
perisai untuk menangkis
sebarang serangan dari pihak
yang bertujuan untuk
menyamakan,
menyengutukan ataupun
menduakan Zat ALLAH Taala
dengan apa jua sekalipun.
Setelah dapat ia menafikan
manusia ada kuasa dan
kehendak untuk bergerak
atau diam maka dikatakan ia
telah dapat pula mengesakan
ALLAH Taala pada Af'alnya
pada sifat Kamalat ALLAH
Taala pada ZatNya.
Harus bagi ALLAH menghidup
atau mematikan,
sesungguhnya manusia itu,
bodoh, lemah, nafsu, pekak,
buta dan bisu. Setelah yakin
dengan sebenar-benar yakin
maka barulah seorang itu
dapat mengesakan ALLAH
pada sifat kamalat ALLAH
Taala. Sifat inilah yang
dinamakan Sifat Maani.
Salah satu ciri sifat ini ia
berada berada diluar fikiran
kerana itu, tidaklah untuk
digambarkan dengan akal
fikiran kita akan bagaimana
sifat kamalat yang tujuh ini
berfungsi. Sebagai contoh
bagaimana ALLAH melihat,
akal tidak terpakai dalam
kontek ini bagi memikirkan
bagaimana ALLAH Taala
melihat. Akan tetapi wajib
kita sebagai umat Islam
beriman dengan sifat ini,
dalil al-qur'an : 'Dan ALLAH
Maha Melihat apa yang kamu
kerjakan'. Noktah. !
Maka pada tubuh atau jasad
anak Adam itulah zahirnya
segala perbuatan ALLAH
Taala melalui Sifat
Maknawiyah yang tujuh iaitu
keadaan yang hidup,
keadaan yang tahu, keadaan
yang berkuasa, keadaan
yang berkehendak, keadaan
yang mendengar, keadan
yang melihat dan keadaan
berkata-kata.
Ketujuh sifat Maknawiyah ini
lalu dikatakan tidak memberi
bekas. Hal ini ditegaskan
dalam al-Qur'an : 'Aku tidak
menghendaki rezeki dari
kamu, bahkan Akulah yang
memberi rezeki kepada mu'
Lalu adalah pembahagian
pada sifat ALLAH Taala
kepada dua yakni Istighna
dan Iftiqqar iaitu sifat Maha
Kaya ALLAH dan Berhajat
segala sesutu kepada sifat
Kaya ALLAH ini.
Andaikata tiada ALLAH Taala
ciptakan Nabi Adam As maka
tiadalah manusia dimuka
bumi ini bagi menzahir sifat
Kaya ALLAH Taala.
Setelah diciptakan Manusia
dan Jin maka diperintahkan
kepada kedua golongan ini
supaya beribadat kepadaNya
sebagaimana firmanNya
bermaksud : 'Tidak Aku
jadikan jin dan manusia
melainkan supaya mereka
menyembahKu'.
Bersabda Nabi Muhammad :
'syariat itu perkataanku,
tarekat itu perbuatanku,
hakikat kenyataanku dan
makrifah itu meliputi seluruh
anggota tubuh badanku'.
Berkata Rasulullah saw :
'Syariat itu perkataan ku',
maka dapat difahami ia
sebagai khabar gembira dan
peringatan atau ancaman.
Umat Islam percaya bahawa
Nabi Muhammad itu
maksum, maknanya
terpelihara perbuatan zahir
batinnya dari segala dosa,
lalu dikatakan tidaklah
Baginda berkata melalui
nafsu, akan tetapi dengan
iradat ALLAH Taala,
namanya wahyu.
Justeru dari 'perkataan' ini
lahir pula dua iaitu perintah
dan larangan. Perintahnya
supaya tidak menyekutukan
ALLAH Taala dengan sesuatu
pada setiap perbuatan zahir
batin. Keduanya mestilah
saling lazim melazimi antara
satu sama lain, supaya
terlepas dari perumpamaan
'cakap tidak serupa bikin'.
Perbuatan yang nyata, maka
dinamakan perbuatan yang
zahir, manakala yang tidak
nyata pula dinamakan
perbuatan yang batin. Inilah
yang saya faham dengan
maksud hadis 'Tarekat itu
perbuatanku'.
ALLAH Taala ciptakan
sekelian Jin dan Manusia
supaya beribadat hanya
kepadaNya, selain dariNya
syirik namanya, neraka
tempat kekalnya diakhirat
kelak. Selain daripada
perintah beribadat, manusia
dan jin juga diperintahkan
supaya mengingati hanya Dia
pada setiap detik, dikiaskan
pada masa berdiri, duduk
dan baring.
Banyak cara orang
mengingati ALLAH Taala,
Zikir Namanya. Dibahagikan
kepada beberapa bahagian,
zikir jihar, zikir khafi dan
Zikir Tanpa hurup tanpa
suara. Ucapan yang zahir
ditangkap oleh kedua
malaikat lalu dicatitkan,,
manakala yang batin hanya
ALLAH Taala yang tahu.
Dalam Solat, rukun qalbi
tempat nya dihati, neracanya
sifat ilmu bermula dengan
sifat kehendak Aallah Taala,
rukun qauli nyata sifat
kalam, neracanya pada sifat
samak, rukun fekli pula
nyata pada qudrat dan
Iradat, neracanya pada sifat
basar.
Samada sedar atau tidak
inilah yang terjadi pada kita
setiap detik dan ketika
samada kita sedar atau
tidak.. Niat ada padanya tiga
bahagian, pertama tanpa
huruf tanpa suara, kedua
lintasan sedetik dihati
dengan kehendak ALLAH
Taala untuk melakukan
perbuatan samada perbuatan
itu baik atau tidak baik dan
terakhir lafaz pada niat itu
sendiri iaiatu dinyatakan
misalnya semasa
mengatakan 'ussalli.....'.
Kemudian bila dilaksanakan
maka 'nyatalah' pada kita
'perbuatan dan kelakuan'
ALLAH Taala yang terjadi
keatas diri hamba dengan
'sendirinya' semasa hamba
itu mendirikan ibadah solat
fardu atau apa jua perlakuan
zahir batin diluar solat.
Dalil al-quran : 'ALLAH
menghidupkan dan
mematikan' ; 'Kami
membacakan ( al-qur'an )
kepadamu maka tidak akan
lupa, kecuali kalau ALLAH
menghendaki. Dia
mengetahui yang terang dan
yang tersembunyi'; 'ALLAH
Maha berkuasa berbuat apa
yang dikehendakiNya'.
Rasanya dalil al-qur'an ini
jelas menunjukkan kepada
kita bahawa Allahlah yang
memberi petunjuk dan Dia
jualah yang menyesatkan.
Manusia tak boleh buat apa-
apa.
Asas tauhid itu adalah nafi
dan isbat maka wajib
dinafikan ada perbuatan dan
kelakuan pada diri hamba
yang zahir dalam usuluddin,
tasauf namanya pada diri
yang batin dari satu
peringkat keperingkat yang
lebih tinggi. Pada saya inilah
yang dimaksudkan dengan
ungkapan 'Wujud Hanya
ALLAH' iaitu bermula dengan
wujud hanya af'al ALLAH
( gerak dan diam ), kedua
wujud hanya asmak (semua
yang bernama kembali ia
kepada yang empunya
nama ) ALLAH, ketiga wujud
hanya sifat ( qudrat, iradat,
ilmu, hayat, samak, basar,
kalam ) ALLAH dan paling
atas wujud hanya zat kerana
terhimpun pada af'al, asmak
dan sifat seperti dalil al-
qur'an 'aku datang dari
ALLAH datang kepada ALLAH
aku kembali'. Pada saya
inilah maksud hadis 'hakikat
itu pakianku'
Dilarangkan sekeras-
kerasnya kita memisahkan
antara zat, sifat, asmak dan
af'al; dalil Aku beserta kamu
walau dimana sahaja kamu
berada'.
Pada saya (
)(
)'pandang satu pada
yang banyak' atau pandang
banyak pada yang satu'
masih lagi berkisar pada
tahap tauhid - dapatkah dia
tauhid kelas ini 'DIA
MEMANDANG DENGAN
MATA KEPALA DAN JUGA
MATA HATI PADA AF'AL DAN
KELAKUAN YANG BERLAKU
SAMADA PADA DIRINYA
SENDIRI ZAHIR BATIN ATAU
PADA SEKELIAN 'ALAM INI
ZAHIR BATIN ADALAH
PERBUATAN DAN KELAKUAN
ALLAH TAALA YANG TERJADI
DENGAN SENDIRINYA'.
Yang perlu pada
setiap individu
adalah YAKIN. Jika
berada pada iman
taklid, berusaha
supaya naik kepada
iman 'ainul dan
begitulah sterusnya
sehinggalah tahap
paling tinggi iaitu
kamalul yakin.
Keempat mahzab diasaskan
oleh Imam Malik, Imam
Shafie, Imam Hanafi dan
Imam Ahmad Hambal.
Diantara keempatnya Imam
Ahmad Hambal yang paling
muda ( wafat : sekitar 241
Hijrah ).
Ilmu Tauhid pula mulanya
diasaskan dan disusun oleh
Imam Abu Hassan As-Shaari
dan dikemaskini /
dilengkapkan oleh Imam Abu
Mansur Al-Maturidi dan
seterusnya diperakui oleh
jumhur ulamak selepas
kewafatan kedua-dua imam
tersebut. Imam Abu Hassan
As-Ashaari dan Imam Abu
Mansur Al-AMaturidi wafat
pada sekitar 15 dan 24 tahun
selepas Al-Hallaj wafat.
Imam Abu Kassim Al-Junaid
pula wafat pada sekitar 15
tahun sebelum wafatnya Al-
Hallaj manakala Sheikh
Abdul Qadir Jalaini lahir 160
tahun dan Syeikh Abu Yazid
Bustami wafat sewaktu Al-
Hallaj berusia pada sekitar 15
- 16 tahun.
Dari fakta sejarah yang
diperakui Imam Abu Mansur
Al-Maturidi telah menyususn
serta melengkapkan secara
tersusun Ilmu Tauhid yang
diajar kepada masyarakat
umum sehinggalah kepada
umat Islam dewasa ini.
Ini bermakna cara-cara
penyampaian Ilmu Tauhid
disampai dan dipelajari oleh
Islam selepas kewafatan
Imam Ahmad Hambal
sehingga tahun 333 Hijrah
( tarikh kewafatan Imam Abu
Mansur Al-Maturidi ) ada
kemungkinan tidak sama
dengan cara yang dipelajari
oleh umat Islam selepas
tahun 333 Hijrah.
Dari fakta ini saya
berpendapat kebangkitan
mempelajari ilmu Feqah
begitu kuat dikalangan umat
Islam berpandukan kitab-
ktab Feqah yang dikarang
oleh Ulamak-Ulamak Feqah
yang didorong oleh kitab-
kitab yang dikarang oleh
keempat Imam iaitu Imam
Malik, Imam Shafie, Imam
Hanafi dan Imam Ahmad
Hambal.
Dalam tempoh yang sama
juga lahirnya beberapa tokoh
tasauf besar dan terbilang
seperti Rabi'atul Adawiyah,
Sheikh Abu Yazid Busthomi,
Sahl Ibn Abdullah, Sheikh
Abu Kassin Al-Junaid, Zunnun
Al-Misri dan banyak lagi ahli
sufi yang amat dikenali
sehingga ke hari ini.
Seperti mana yang diketahui
tingkah laku ahli-ahli sufi ini
begitu sukar untuk difahami
oleh mereka-meraka yang
tidak sealiran dengan
perjalanan kesufian.
Kebanyakan dari ahli-ahli sufi
ini suka mengungkapkan
kata-kata yang pelik lagi
sukar untuk difahami oleh
orang kebanyakan,
antaranya :
'Siapa yang tidak kenal
kepada tuan? Tetapi apakan
dayaku. Cinta kepada ALLAH
telah memenuhi seluruhku,
hinggakan tidak ada ruang
untuk cinta kepadamu atau
benci kepada syaitan.' :
Rabi'atul Adawiyah
'Aku melihat dan mengetahui
Tuhan dengan Tuhan dan
sekiranya tidak karena Tuhan
aku tidak melihat dan tidak
tahu Tuhan.' : Zunnun al-
Misri
'Aku mengetahui Tuhan
melalui diriku hingga aku
hancur, kemudian aku
mengetahui-Nya melalui diri-
Nya dan akupun hidup. Ia
membuat aku gila pada
diriku hingga aku mati.
Kemudian Ia membuat aku
gila kepada diri-Nya, dan
akupun hidup. Gila pada
diriku adalah fana' dan gila
pada diri-Mu adalah
baqa' (kelanjutan hidup).' :
Sheikh Abu Yazid Busthomi
Tentu saja orang akan
membuat berbagai
tanggapan tentang sesuatu
yang diucapkan oleh orang
lain yang dia sendiri tidak
dapat memahaminya
sepenuhnya.
Lihatlah saja daripada
kenyataan Rabi'atul
Adawiyah ; Rasulullah sendiri
tidak ada tempat dihatinya
dikala dia sedang mabuk
dengan cintanya kepada
ALLAH Taala.
Sulit sekali untuk difahami
cara-cara ahli-ahli sufi
mengkhabarkan pendapat
mereka dan bahasa-bahasa
yang mereka gunakan untuk
memberitau orang lain
tentang apa yang mereka
lalui, apa lagi untuk difahami
oleh orang lain.
Pada saya pertembungan
antara dua golongan yang
berbeza aliran ini dapat
difahami melalui firman
ALLAH Taala bermaksud :
1 'Dan ( ingatlah) Musa
berkata kepada muridnya :
"Aku tidak akan berhenti
(berjalan) sebelum sampai
kepertemuan dua buah
lautan ; atau aku akan
berjalan sampai bertahun-
tahun".
2 'Maka tatkala mereka
sampai ke pertemuan dua
buah laut itu, mereka lalai
akan ikannya, lalu ikan itu
melompat mengambil
jalannya ke laut itu.
3 Maka tatkala mereka
berjalan lebih jauh,
berkatalah Musa kepada
muridnya : "Bawalah kemari
makanan kita ; sesungguhnya
kita telah merasa letih
kerana perjalanan kita"
4 Muridnya menjawab :
"Tahukah kamu tetakala kita
mencari tempat berlindung
dibatu tadi, maka
sesungguhnya aku lupa
( menceritakan tentang )
ikan itu dan tidak adalah
yang melupakan aku untuk
menceritakan kecuali syaitan
dan ikan itu mengambil
jalannya kelaut dengan cara
yang aneh sekali".
5 Musa berkata : "Itulah
( tempat ) yang kita cari".
Lalu keduanya kembali
mengikut jejak mereka
semula.
6 Lalu mereka bertemu
dengan seorang hamba
diantara hamba-hamba Kami,
yang telah Kami berikan
kepadanya rahmat dari sisi
Kami, dan yang telah Kami
ajarkan kepadanya ilmu dari
sisi Kami
7 Musa berkata kepada
Khidir : "Bolehkah aku
mengikutmu supaya kamu
kamu mengajarkan kepadaku
ilmu yang benar diantara
ilmu-ilmu yang telah
diajarkan kepadamu"
8 Dia menjawab :
"Sesungguhnya kamu sekali-
kali tidak akan sanggup
sabar bersamaku"
9 'Dan bagaimana kamu
dapat sabar atas sesuatu
yang kamu belum
mempunyai pengetahuan
yang cukup tentang hal itu ?'
10 Musa berkata : "Insya
ALLAH kamu akan mendapati
aku sebagai seorang yang
sabar dan aku tidak akan
menentangmu dalam suatu
urusan pun"
11 Dia berkata : "Jika kamu
mengikutku, maka janganlah
kamu menanyakan kepadaku
tentang sesuatu sampai aku
sendiri menerangkannya
kepada mu".
12 Maka berjalanlah
keduanya, hingga tatkala
keduanya menaiki perahu
lalu Khidir melobanginya.
Musa berkata : "Mengapa
kamu melobangi perahu itu
yang akibatnay kamu
menenggelamkan
penumpangnya?.
Sesungguhnya kamu telah
berbuat sesuatu kesalahan
yang besar".
13 Dia ( Khidir ) berkata :
"Bukankah aku telah
berkata : "Sesungguhnya
kamu sekali-kali tidak akan
sabar bersama dengan aku ".
14 Musa berkata : "
Janganlah kamu menghukum
aku kerana kelupaanku dan
janganlah kamu membebani
aku dengan sesuatu kesulitan
dalam hidupku".
15 Maka berjalanlah
keduanya ; hingga tatkala
keduanya berjumpa dengan
seorang anak, maka Khidir
membunuhnya. Musa
berkata : "Mengapa kamu
bunuh jiwa yang bersih,
bukan kerana dia membunuh
orang lain ?. Sesungguhnya
kamu telah melakukan suatu
yang mungkar".
16 Khidir b

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 19
Date:

SAMBUNGAN DAR ATAS

 16 Khidir berkata :
"Bukankah aku telah
berkata : "Sesungguhnya
kamu sekali-kali tidak akan
sabar bersama dengan
aku ?".
17 Musa berkata : "Jika aku
bertanya kepadamu tentang
sesuatu sesudah (kali ) ini,
maka janganlah kamu
memperbolehkan aku
mengikutimu, sesungguhnya
kamu sudah cukup
memberikan uzur padaku".
18 Maka berjalanlah
keduanya ; hingga tatkala
keduanya sampai kepada
penduduk suatu negeri,
mereka minta dijamu kepada
penduduk negeri itu, tetapi
penduduk negeri itu tidak
mau menjamu mereka,
kemudian keduanya
mendapatkan didalam negeri
itu dinding rumah yang
hampir roboh, maka Khidir
menegakkan dinding itu.
Musa berkata : Jikalau kamu
mau, nescaya kamu
mengambil upah untuk itu".
19 Khidir berkata : " Inilah
perpisahan antara aku
dengan kamu ; Aku akan
memberitahu kan kepadamu
tujuan perbuatan-perbuatan
yang kamu tidak dapat sabar
terhadapnya"
20 "Adapun bahtera itu
adalah kepunyaan orang-
orang miskin yang bekerja
dilaut, dan aku bertujuan
merosakkan bahtera itu,
kerana dihadapan mereka
ada seorang raja yang
merampas tiap-tiap bahtera"
21 "Dan adapun anak itu
maka kedua orang tuanya
adalah orang-orang mukmin,
dan kami khuatir bahawa dia
akan mendorong kedua
orang tuanya kepada
kesesatan dan kekafiran"
22 "Dan kami menghendaki,
supaya Tuhan mereka
mengganti bagi mereka
dengan anak yang lain yang
lebih baik kesuciannya dari
anaknya itu dan lebih dalam
kasih sayangnya ( kepada
kedua ibubapanya"
23 "Adapun dinding rumah itu
adalah kepunyaan dua orang
anak yatim dikota itu, dan
dibawahnya ada harta benda
simpanan bagi mereka
berdua, sedang ayahnya
adalah seorang yang saleh,
maka Tuhanmu menghendaki
agar supaya mereka sampai
kepada kedewasaannya dan
mengeluarkan simpanan itu,
sebagai rahmat dari
Tuhanmu ; dan bukan aku
melakukannya menurut
kemahuanku sendiri.
Demikian itu adalah tujuan
perbuatan-perbuatan yang
kamu tidak dapat sabar
terhadapnya"
24 'Lalu mereka bertemu
dengan seorang hamba
DIANTARA HAMBA-HAMBA
Kami, yang telah Kami
berikan kepadanya RAHMAT
dari SISI Kami, dan yang
telah kami AJARKAN
kepadanya ILMU DARI SISI
kami'
Sebaiknya kita jadikan satu
ikhtibar akan perkara yang
terjadi kepada Nabi Musa As
betapa peranan limu laduni
( ilham terus dari ALLAH
Taala ), tentang Kurnia,
Petunjuk atau Hidayah dan
juga Rahmat ALLAH Taala.
Siapalah kita untuk
dibandingkan dengan Nabi
Musa Kalamullah, ALLAH
Taala kurniakan sembilan
mukjizat sebagai bukti akan
Kenabiannya.
Lihatlah betapa hebat Qudrat
dan Iradat ALLAH Taala,
hanya dengan sebatang
tongkat dapat terbelah
Lautan Merah.
Semua orang Islam percaya
apabila diceritakan Nabi
Musa dengan Izin ALLAH
Taala mampu membelah
Lautan Merah kerana ada
diceritakan didalam Al-
Qur'an, akan tetapi sukar
sekali untuk mempercayai
yang terjadi kepada mereka
yang terpilih tetapi tidak
dinyatakan didalam Al-
Qur'an.
Sheikh Yazid Busthomi
berkata tentang fana' : 'Aku
mengetahui Tuhan melalui
diriku hingga aku hancur,
kemudian aku
mengetahuiNya melalui
diriNya dan akupun hidup'.
Fana' bermakna lenyap atau
binasa atau ada juga orang
mengatakan ghaib. Bila
digunakan bahasa kiasan
maka menjadilah ia seperti
'binasa af'al hamba dalam
af'al ALLAH jika seorang itu
berada pada tauhid af'al,
atau 'ghaib kelakuan hamba
dalam sifat ALLAH' apabila
dia telah dapat mengesakan
ALLAH Taala pada sifatNya.
Dua rangkap ayat ini pendek
tapi lihatlah betapa indahnya
susunan kata-kata yang
diucapkan oleh Sheikh Abu
Yazid Busthomi ini walaupun
ia sulit untuk difahami dan
renungkanlah bagaimana
beliau membezakan antara
ilmu dengan makrifah.
Yang dikatakan beriman
dengan ALLAH Ta'ala kita
beriman kepada tiga
bahagian iaitu af'al, asmak,
sifat dan ZatNya
sebagaimana firman ALLAH
Taala bermaksud :
1 Tentang tauhid Af'al -
'Bukan engkau yang
membunuh mereka, akan
tetapi Allahlah yang
membunuh mereka, dan
bukan kamu yang ketika
kamu melempar, tapi ALLAH
yang melempar' - Af'al
2 Tentang tauhid Asmak -
'Sucikanlah nama Tuhanmu
Yang Maha Tinggi'
3 Tentang tauhid Sifat -
"Mahasuci Engkau, tiadalah y
ang kami ketahui kecuali apa
yang Engkau beritahu'
4 Tentang tauhid Zat -
'Kemana sahaja engkau
hadapkan wajahmu, disitulah
Zat ALLAH'
5 Tentang Makrifah - 'dan
Kami ajarkan dia ilmu dari
sisi Kami' .



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:

makaii... camna nak baca ni..?...

__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

 



Member

Status: Offline
Posts: 19
Date:

ada idea ke Bos macam mana nak selarikan ayat dah jenuh memusing ni yang keluar EN MK..maaf la ye.. 



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard