RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: KUMPULAN SEARCH...


Guru

Status: Offline
Posts: 934
Date:
KUMPULAN SEARCH...


Search ialah sebuah kugiran muzik yang dikenali sebagai salah sebuah pelopor muzik rock dalam bidang muzik arus perdana Malaysia semenjak dekad 1980-an. Semenjak dibentuk pada tahun 1981, kugiran ini telah menghasilkan lebih 20 album studio yang terjual laris, berpuluh-puluh lagu yang disambut hangat di corong radio, puluhan lagi konsert yang sering terjual habis tiketnya, sepanjang sejarah mencecah tiga dekad dalam industri muzik Malaysia, menjadikan mereka antara kugiran rock yang terunggul di Malaysia sepanjang tahun 1980-an dan 1990-an, sebelum kegiatan mereka sedikit sebanyak merudum pada 2000-an.

Isi kandungan

 [sorokkan

[sunting] Biografi

[sunting] 1981-88: Permulaan

Ketika diasaskan di Johor Bahru pada tahun 1981, kumpulan Search dianggotai oleh Zainal sebagai penyanyi, Hillary Ang sebagai pemain gitar, Nasir Daud sebagai pemain gitar bes dan Yazid Ahmad (Yazit) sebagai pemain dram. Belum sempat mendapat peluang merakam album untuk dipasarkan, Zainal meninggalkan kumpulan Search yang masih baru itu untuk membentuk kugiran baru bernama RamPa (maka nama gelaran Zainal menjadi "Zainal Rampa"). Penggantinya, Suhaimi Abdul Rahman, atau lebih dikenali sebagai "Amy", menggantikan tempat Zainal sebelum kugiran Search menandatangani kontrak rakaman pertama bersama Polygram Records di Singapura pada pertengahan 1980-an.Sebelum mereka merakamkan album , Search pernah bermain di kelab- kelab malam sekitar Kuala Lumpur antaranya Red Roster Club Kuala Lumpur . Red Roster Club telah pertemukan Search & M .Nasir .Dengan bantuan M.Nasir sebagai Penebit Search.Bermula lah satu lagenda M.Nasir dan Search. beliau merupakan insan yang bertanggungjawab terhadap kegemilangan artis-artis terulung tanah air seperti Alleycats, Search, Wings,dan lain lain.

Tiga buah album studio terawal mereka, iaitu Cinta Buatan Malaysia (1985)[1], Langit dan Bumi (1986)[2], dan Mentari Merah di Ufuk Timur[3], dirakam di Lion Studio, Singapura dengan M. Nasir sebagai penerbit. Dengan album-album ini, mereka cepat mendapat perhatian peminat muzik Malaysia. Album Cinta Buatan Malaysia dibantu oleh Yan dan Man Kidal dari kugiran Lefthanded sebagai pemuzik undangan. Hillary Ang pula hanya melibatkan diri dalam album Langit dan Bumi dan Mentari Merah saat bersama Polygram.

Persembahan live mereka sebagai sebuah kugiran terkenal adalah sebagai artis jemputan di Konsert Battle Of The Bands di Stadium Negara, Kuala Lumpur, pada 2 Februari 1986, diikuti konsert sendiri pertama mereka iaitu Konsert Terbuka Search di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur pada tahun yang sama.[4]

Kumpulan Search juga ditampilkan sebagai bahan penceritaan dalam filem dokumentari Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani yang keluar pada tahun 1986.[5] Anugerah utama sulung mereka sebagai kugiran ialah anugerah Penyanyi Berkumpulan Popular di Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular Berita Harian pada tahun 1987.

Album Cinta Buatan Malaysia, Langit dan Bumi, dan Mentari Merah di Ufuk Timur, masing-masing terjual lebih 20,000, 30,000 dan 50,000 unit, membolehkan syarikat rakaman mereka memperoleh Anugerah Emas untuk dua album pertama dan Anugerah Platinum untuk album ketiga itu. Walau bagaimanapun, Polygram Records tidak menyerahkan anugerah-anugerah tersebut kepada Search sebaik sahaja mereka tamat kontrak mereka pada tahun 1987.[4] Apapun, walaupun sudah meninggalkan Polygram, Polygram sempat menerbitkan dua lagi 'album studio' (sebenarnya album himpunan) dengan nama Search, iaitu Di Pintu Sepi dan Berpaling yang memuatkan lagu lama dan lagu baru yang dirakam oleh mereka ketika sesi pembikinan album Mentari Merah itu, di samping dua jilid album himpunan Koleksi Terbaik, semuanya pada tahun 1988.

Sepanjang tahun 1988, mereka mengadakan lima buah konsert di Malaysia, setiap satunya bersama sebuah lagi kugiran, iaitu Gersang (Kota Bharu, 5 April; Kuala Lumpur, 9 April); dan Mega (Johor Bahru, 7 dan 8 Oktober; Kluang, 10 Oktober; Stadium Negara Kuala Lumpur, 3 Disember)[6], diikuti persembahan pertama mereka di luar negara bersama dua kugiran Thailand di Bangkok, di ambang tahun baru 1989.[4]

[sunting] 19891997: "Fenomena" Search

Selepas meninggalkan Polygram, kumpulan Search beralih ke Pacific Records (kemudian bertukar nama menjadi BMG Pacific) sebagai label edaran, menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Go-Search Sdn Bhd (di mana kelak mereka merakam semua albumnya sepanjang 1990-an) dan merakam album hit pertama mereka di bawah label itu, Fenomena untuk dikeluarkan pada tahun 1989. Album ini juga merupakan album studio pertama mereka yang terdapat dalam bentuk cakera padat yang keluar setahun selepas versi kasetnya.[7] Walau bagaimanapun, Hillary Ang meninggalkan kugiran ini di tengah-tengah sesi rakaman album ini untuk mengejar kerjaya solo.Dan tempat beliau telah di gantikan oleh Kid atau Hamzah Mohd Taib (gitar utama) iaitu bekas pemain gitar utama kumpulan Gersang dan juga adik kepada Nordin Md Taib (gitar) .[7] Dalam album inilah termuatnya lagu malar hijau "Isabella". Apapun, album Fenomena terjual lebih dari 220,000 unit di Malaysia dan lebih dari 600,000 unit di Indonesia.[8]

Sepanjang tahun 1989, mereka juga semakin aktif membuat persembahan live, termasuk jelajah Konsert Isabella yang diadakan di Kota Bharu, Alor Star dan Kuala Lumpur pada pertengahan tahun itu, kemudian dilanjutkan ke tahun 1990 di Kuantan dan Jakarta, Indonesia.[4]

Search memuka tirai dekad 1990-an dengan mengeluarkan album Karisma.[9] Album tersebut terjual lebih dari 150,000 unit di Malaysia dan 200,000 ribu unit di Indonesia.[8] Mereka sekali lagi berlakon dalam dua buah filem pawagam, iaitu muzikal Fenomena dan drama cinta Isabella,[4] yang diilhamkan oleh lagu "Isabella".[10] Kedua-dua filem ini dibintangi oleh Amy, dan sedikit sebanyak mengundang kontroversi kerana terdapat adegan berciuman.[11] Sepanjang tahun 1990 juga, kugiran Search bersama Ella dan Wings mengadakan jelajah Konsert Revolusi Salem di seluruh negara, di samping menyambungkan jelajah Isabella di Kuantan dan Jakarta seperti yang disebut tadi.[4] Tidak lama setelah album Karisma diterbitkan, Nasir Daud meninggalkan Search untuk menubuhkan syarikat penerbitan sendiri iaitu Dangooroos.[9]

Pada tahun 1991, kumpulan Search meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya dengan mengeluarkan album himpunan Sepuluh Tahun yang memuatkan 10 lagu hit lama dan dua lagu baru.[12] Pada tashun ini juga, mereka berpeluang untuk melebarkan sayap populariti mereka merentas benua untuk beraksi di pesta New Music Nights di Cat Club, Bandaraya New York, Amerika Syarikat, pada bulan Julai[13], sebelum kembali ke tanahair untuk Konsert Karisma di Stadium Negara, Kuala Lumpur, sebulan kemudian.[4]

Pada tahun 1992, giliran kumpulan Search menjadi penerbit album sendiri dalam merakam album pertama dengan penglibatan M. Nasir sebagai penasihat penerbitan sahaja, bermula dengan album Rampage[14], yang juga diiringi oleh Konsert Rampage di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang pada bulan November. Pada tahun yang sama, mereka berkolaborasi dengan kumpulan Wings untuk menghasilkan album Double Trouble.

Walaupun menikmati populariti yang luar biasa, namun mereka menghadapi rintangan dari pihak media, khususnya penyiar milik negara RTM yang melarang penyanyi lelaki berambut terlalu panjang dari siaran radio dan TV-nya. Oleh itu, pada November 1992, Amy bersama Awie dari kumpulan Wings menerima potongan rambut dari Menteri Penerangan ketika itu, Mohamad Rahmat, agar dapat membuat kemunculan di corong radio dan TV penyiar awam itu.[15] Walau bagaimanapun, RTM kelihatan tidak menepati janjinya, sehingga menerima kecaman dari Amy sendiri untuk mengingatkan mereka pada tahun berikutnya.[16]

Pada pertengahan tahun 1993, ketua jabatan media cetak dan elektronik BMG Pacific, Rozita Ramli mengeluarkan kenyataan bahawa seorang wartawan berbangsa Belanda tiba di Malaysia untuk menemu bual Amy[17], gara-gara populariti sebuah lagu yang dikatakan menempa nama di negara Eropah tersebut, iaitu "Fantasia Bulan Madu" yang dirakam dalam bahasa Inggeris dengan tajuk "Feel the Pain".[18] Pada tahun yang sama, Search dan Wings berusahasama mengadakan jelajah "Double Trouble" di tujuh tempat di seluruh Semenanjung, dengan tujuan meringankan beban kewangan yang didakwa dialami oleh kedua-dua kugiran tersebut.[17]

Pada tahun 1994, Amy melancarkan kerjaya solonya dengan album berjudul Magic[19], sementara kegiatan kugirannya berkurangan dengan hanya satu konsert di Shah Alam, satu EP remix dan satu album himpunan tanpa lagu baru, iaitu Terbaik. Pada tahun berikutnya, Nasir Daud kembali ke kumpulan Search untuk merakam album Gema di Timur Jauh[20] dan mengadakan dua konsert bersempena album ini di Shah Alam (9 Jun) dan Kuala Lumpur (18 Oktober) yang turut menyumbang kepada album live berjudul Gema di Timur Jauh Unplugged (yang banyak berbeza himpunan lagunya dari album Gema asal). Album unplugged pertama kumpulan Search ini telah terjual lebih dari 100,000 unit.[8]

Kugiran Search mengeluarkan album lagi pada tahun 1996 iaitu Rock 'N' Roll Pie sempena ulang tahun mereka yang ke-15, kali ini melibatkan hasil karya penulis lagu tempatan dan antarabangsa (termasuk Klaus Meine dari kumpulan Scorpions dari Jerman). Pada Oktober tahun itu, mereka bersama Ramlah Ram mewakili Malaysia di pesta muzik Hanoi-Asean Golden Song Festival yang disertai di Vietnam.[21] Pada tahun berikutnya, kugiran ini mengadakan Konsert Rock 'N' Roll Pie di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, yang dirakam untuk siaran di TV3 dan keluaran album, di samping Amy mengeluarkan album solo keduanya, Camouflage.

[sunting] 19982001: Perpecahan

Selepas penyertaan Fauzi sebagai pemain gitar bes baru yang menggantikan Nasir Daud yang meninggalkan kugiran ini buat kali kedua, Kumpulan Search sekali lagi berganding bahu dengan kumpulan Wings (yang ketika ini diterajui oleh Mustaffa Din) untuk mengeluarkan album Double Trouble 2 untuk dipasarkan pada awal tahun 1998. Akan tetapi, pada tahun inilah kugiran Search mengalami saat paling getir apabila Amy meninggalkan kugirannya di tengah-tengah usaha merakam album baru untuk memberi tumpuan kepada kerjaya solonya,[22] tidak lama kemudian meninggalkan BMG untuk menyertai label Sony Music.[23]

Sebagai pelengkap album yang berjudul Bikin Wilayah, mereka mengundang Awie sebagai penyanyi jemputan dan menyebut namanya di kulit album keluaran akhir tahun 1998 itu. Akan tetapi, kumpulan Search sudah di ambang perpecahan apabila Kid, Noordin dan Fauzi meninggalkan kumpulan itu, meninggalkan Yazid sebagai satu-satunya anggota asal Search yang tinggal.[24] Pada tahun 1999, Akhirnya selepas berpeluh sebaldi, Yazit berjaya membariskan line up baru dlm SEARCH iaitu Moq(vokaliz), Shah(gitaris), Zam(bassis), dan Yazit(Drummer).

Selepas itu album mereka iaitu 'Selepas Banjir' keluar, tetapi sambutannya amat mengecewakan. Selepas Banjir, album berlagu baru terakhir di bawah nama Search[25], sebelum kugiran itu dibubarkan album himpunan Rockestra dikeluarkan.[26]

Walaupun tidak aktif pada awal dekad pertama alaf ketiga, tidak kurangnya album kompilasi yang dikeluarkan dengan nama Search, diisi lagu-lagu terpilih kumpulan rock ini, tidak lupa juga keluaran semula album Fenomena dan Gema di Timur Jauh yang menjalani usaha baik pulih digital. Yazid, Moq, dan Sham pula meneruskan perjuangan mereka dalam seni muzik tanahair dengan membentuk kugiran Rampage, sementara Amy giat mengusahakan kerjaya solonya yang melahirkan tiga album di bawah label Sony (kemudian menjadi Sony BMG): Aku, Suatu Masa dan IKON: A Rockstar Chronicle.

Pembubaran SEARCH satu Sejarah Sedih.Search ialah sebuah nama yang besar dlm sejarah muzik tanahair...siapa sangka kumpulan yang begitu gagah ini tertewas setelah 18 tahun berentap di arena muzik malaysia.Akhirnya, Search tertewas setelah bertahun-tahun berjuang dan telah di bubarkan pada tahun 2001.dibubarkan secara rasmi pada 16 Januari 2001 .

[sunting] 2003kini: Bersatu semula

SELEPAS lima tahun dibubarkan, kumpulan rock Search akhirnya mengambil keputusan bersatu semula.Kerana peminat Search merindui aksi aksi Search setelah mereka bubarkan nama Search pada tahun 2001.Nama Search dihidupkan kembali dengan dibarisi ahli kumpulan iaitu Amy (penyanyi),Hamzah Mohd Taib (gitar utama),Noordin Taib (gitar),Nasir Daud (bes),Lola (Drum)ialah bekas pemain drum XPDC dan mengadakan sebuah konsert reunion yang diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada Februari 2004.[27] Persembahan konsert tersebut dirakam dalam album live Konsert Rock Search Evolusi 2004 yang keluar tiga tahun kemudian. Pada tahun 2004 juga, kugiran Search menjadi artis pembukaan untuk menjayakan konsert Scorpions di Kuala Lumpur yang membentuk jelajah Southeast Asia Unbreakable Tour oleh kugiran Jerman tersebut, walaupun menghadapi tentangan hebat dari Pemuda PAS atas alasan konsert tersebut bakal merosakkan akhlak muda-mudi.[28].Dan tidak lama itu Lola (Drum) telah mengundurkan diri dari Search dan Yazit Ahmad (Drum)pemain drum asal Search telah kembali pada Search.

Ekoran dari kejayaan Amy membuat penyatuan semula bersama Search maka ramai artis yang dulu berkumpulan membuat penyatuan semula bersama kumpulan asal mereka seperti Nash] bersama Kumpulan Lefthanded, Saleem bersama Kumpulan Iklim Awie bersama Kumpulan Wings, Mustaffa Din / Mus bersama Kumpulan May, Joey bersama Kumpulan Bumiputra Rockers, Mael bersama Kumpulan XPDC dan ramai lagi.

Pada awal tahun 2006,dua pemain gitar Hamzah Mohd Taib (gitar utama),Noordin Taib (gitar)telah mengundurkan diri sekali lagi dari Search dan Hillary ang (gitar utama)kembali pada Search setelah sekian lama beliau meninggalkan kumpulan tersebut dari tahun 1988,Beliau adalah pemain gitar asal Kumpulan Search yang ditubuhkan pada tahun 1981.Petikkan bunyi gitar beliau begitu sinonim dengan kumpulan Search dan Cromok, petikkan gitar beliau yang "berhantu" membuatkan peminat masih mahukan Hillary Ang kembali bersama Search. dan media mengesahkan bahawa Amy, Nasir Daud, Hillary Ang dan Yazid Ahmad kembali bersama untuk merakam album baru sekali lagi, di samping memperkenalkan tapak sesawang rasmi mereka, Dunia Search. Amy melaporkan bahawa tapak web tersebut dikunjungi 200,000 kali sepanjang minggu pertamanya.[29] Single pertama mereka sejak tujuh tahun menyepi, Ying dan Yang yang boleh dimuat turun dari laman web tersebut, merupakan sebuah single dari EP Empire Garden. Bagaimanapun, EP tersebut tidak dapat dipasarkan atas masalah-masalah teknikal.[8] Serentak dengan Empire Garden, mereka mengusahakan album Gothik Malam Edan yang mengunakn hasil dari Eddrie Hashim & M.Nasir yang berjaya diterbitkan pada pertengahan tahun 2006, kali ini di bawah label edaran Life Records dan syarikat rakaman Neo Digital Sdn Bhd.

Pada tahun 2006 juga, Search mengumumkan konsert S2 Celebration sempena ulang tahun mereka yang ke-25, bergandingan dengan kumpulan Slank dari Indonesia, yang dijadualkan berlangsung pada 4 Januari 2007 di Stadium Merdeka. Bagaimanapun, kumpulan Search menarik diri pada saat-saat akhir, kononnya sebagai tanda penghormatan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda Kota Tinggi, Johor pada bulan sebelumnya, maka tinggalnya Slank dengan bantuan kugiran Spider dan Wings. Akibatnya, konsert yang menantikan kedatangan 20,000 peminat menjadi hambar dengan kehadiran 7,000 orang sahaja, dilaporkan kebanyakannya berasal dari Indonesia.[30].Setelah Search membatalkan menyertai konsert S2 Celebration sempena ulang tahun mereka yang ke-25,Search membuat konsert Konsert Selepas Banjir di johor,selepas banjir besar menlanda Kota Tinggi, Johor .

Pada tahun 2008, Amy Search mencuri perhatian media Nusantara dengan meluahkan perasaan tidak senang hati atas kecenderungan stesen radio Malaysia yang seakan-akan mengutamakan lagu Indonesia.[31]

Pada tahun 2009, Search menganjurkan jelajah "Konsert Penghargaan Search di Awan Biru" yang dilangsungkan di 11 tempat di seluruh negara, termasuk tiga di Malaysia Timur iaitu Seberang Jaya Penang,Johor Bahru Johor,Jengka Pahang,Kuala Terengganu,Alor Setar Kedah,Kota Bahru Kelantan,Kuching Sarawak,Miri Sarawak,Sandakan or Kota Kinabalu Sabah,Tawau Sabah,Kelana Jaya or Shah Alam Selangor.Dan juga sekembali nya Noordin Taib (gitar) pada kepangkuan Search pada tahun 2009. Konsert Jelajah yang menerima sokongan dari penaja utamanya Celcom[32] ini bermula dengan konsert pembukaan di Seberang Perai pada 2 Mei[33] hingga konsert kemuncak di Kuala Lumpur pada 1 Ogos.Konsert kemuncak di Kuala Lumpur pada 1 Ogos menyaksikan kembalinya 'Kid' atau Hamzah Mohd Taib (gitar utama)pada Search .Konsert istimewa itu menyaksikan 3 gitaris di atas pentas Hamzah Mohd Taib (gitar utama),Noordin Taib (gitar),dan Hillary Ang (gitar utama).konsert terakhir bagi Hillary Ang (gitar utama) sebelum beliau mengundurkan diri dari Search sekali lagi.Dan tugas gitar utama di galas sekali lagi oleh 'Kid' atau Hamzah Mohd Taib (gitar utama).Konsert terakhir yang dilangsungkan di padang Polo Pavilion, Kelab Ekuestrian, Bukit Kiara itu, beberapa hari selepas hari jadi Amy yang ke-50, dilaporkan menarik kira-kira 14,000[34] hingga 25,000[35] peminat.

[sunting] Perkembangan semasa

Kumpulan Search mengadakan jelajah Eropah dengan dibarisi ahli kumpulan Amy (penyanyi),Yazid Ahmad (dram),Hamzah Mohd Taib (gitar utama),Noordin Taib (gitar),Nasir Daud (bes) melebarkan sayapnya di Ireland dan United Kingdom pada 12 hingga 23 Februari, dengan kumpulan Hujan untuk persembahan pembukaan.[36] Mereka beraksi di Button Factory, Dublin, pada 16 Februari; Scala London, King's Cross, London (18 Februari); dan Cavern Club, Liverpool (21 Februari).[37]

Pada bulan seterusnya, Amy membintangi pementasan muzikal Suatu Masa: Amy yang "bukan berbentuk rock" di Istana Budaya dari 26 hingga 28 Mac.[38] Muzikal anjuran Mentari Channel Network yang mengambil masa sejam 45 minit untuk setiap pementasan ini dijayakan bersama iringan muzik Orkestra Simfoni Kebangsaan, dengan ciri-ciri monolog yang penuh emosi.[39]

Pada 1 Mei 2010, Search kembali bergabung tenaga dengan kugiran Wings untuk mengadakan sebuah lagi konsert "Double Trouble" sebagai tanda mengenang kejayaan konsert "Double Trouble" pada tahun 1993. Konsert kali ini diadakan di Bukit Kiara Equestrian and Country Resort, dan dilaporkan dihadiri oleh 20,000 orang.[40] Ini disusuli pula dengan konsert di Stadium Larkin, Johor Bahru yang diberi nama baru "Konsert DT", yang dilaporkan menarik seramai 12,000 peminat.[41] Nama Konsert DT bertukar lagi menjadi "Konsert Gemuruh DT" sempena persembahan di Seberang Jaya pada 18 Disember dan penutup tirai di Sunway Lagoon pada 25 Disember 2010.[42]

Search Kembali Dengan Konsert Fenomena 30 Tahun! Setelah 30 tahun bersama, akhirnya Search kembali berteriak dengan Konsert Fenomena 30 Tahun Search yang diadakan pada bulan November & Disember 2011.Search memulakan siri jelajah Konsert Fenomena Search 30 Tahun di Pulau Pinang pada 19 November 2011 di laporkan 7,000 orang [perlu rujukan] hadir, Johor Bahru 3 Disember 2011 dilaporkan (siapa?) 10,000 orang [perlu rujukan] dan berakhir di Kuala Lumpur 17 Disember 2011 iaitu 15,000 rocker yang datang.[perlu rujukan] Bagi tidak mahu menghampakan peminat Search di Sabah dan Sarawak, Search telah mengumumkan Sambungan Konsert Fenomena Search 30 Tahun Ke Borneo! Search membawa Konsert Fenomena Search 30 Tahun menjelajah ke dua negeri itu.24 Disember 2011 di Kompleks Sukan Tawau hadiri 10,000 ribu peminat di Sabah dan diikuti Stadium Negeri Kuching, Sarawak pada 31 Disember 2011 iaitu konsert akhir bagi SEARCH 2011 dengan hadiri 15,000 peminat.

Konsert SEARCH XPDC "LIVE" IN SINGAPORE 2012. Pada tarikh 28 Januari 2012, DTouchz International membawa SEARCH & XPDC "LIVE" IN SINGAPORE 2012, di Stadium Tertutup Singapura. lokasi yang pernah berlangsungnya konsert band-band Rock/Heavy Metal internasional seperti Iron Maiden, Metallica mahupun No Doubt itu.Yang menarik mengenai konsert itu adalah ianya merupakan buat pertama kalinya Search dan XPDC bergabung dalam satu konsert di negara repablik itu. Nilai-nilai sentimental yang dapat dilihat di sini adalah kedua-dua Lola dan Yan turut pernah menyertai Search serta XPDC yang membariskan kedua vokalisnya iaitu Mael & Ali dan dua pemain bess Yan & Zuar serta 2 pemain drum Amy & Lola.Gitaris Izo pula dibantu oleh anak lelaki Izo sendiri...

[sunting] Diskografi

Rencana utama: Diskografi Search

[sunting] Album studio

-Hits Songs

  1. Kejora
  2. Isi Atau Kulit
  3. Cinta Buatan Malaysia
  4. Balada Pemuzik Jalanan
  5. Cinta Sepi

-Hits Songs

  1. Rozana
  2. Meniti Titian Usang
  3. Langit dan Bumi
  4. Bisa
  5. Musnah

-Hits Songs

  1. Fantasia Bulan Madu
  2. Mentari Merah Di Ufuk Timur
  3. Gadisku
  4. Pelesit Kota
  5. Mat Rock!

-Hits Songs

  1. Isabella
  2. Pawana
  3. Fenomena
  4. Gadis Misteri
  5. Bencana
  6. Ku Taklukkan Dunia
  7. Purnama
  8. Songsang
  9. Mencari ( Instrumental dari KID & DIN )

-Hits Songs

  1. Teguh
  2. Melastik Ke Bintang
  3. Orang Timur
  4. Memandu Nafsu
  5. Orait Mama!

-Hits Songs

  1. Nigina
  2. Asli & Tulus
  3. Nirmala

-Hits Songs

  1. Gemuruh
  2. Seribu Satu Natijah
  3. Ikutkan Saja

-Hits Songs

  1. Laila Namamu Teratas
  2. Cintaku Hilang Bisanya
  3. Andaiku Miliki Semalam
  4. Hello Kawan!

-Hits Songs

  1. Seroja
  2. Diari Habil & Qabil
  3. Rock N Roll Pie
  4. Satu Bangsa Satu Arah
  5. Panggung Khayalan
  6. Nantikan Gerimis

-Hits Songs

  1. Yale Yale

-Hits Songs

  1. Nur Nilam Sari
  2. Zen ( Bikin Wilayah )
  3. Bayangan Baiduri

-Hits Songs

  1. Kejoraku Bersatu
  2. Selepas Banjir
  3. Panakea

-Hits Songs

  1. Gothik Malam Edan
  2. Lara Tari Pencinta
  3. Memoria Anna
  4. Nyata dan Maya

[sunting] EP

-Hits Songs

  1. Ying & Yang

 

[sunting] Album live

[sunting] Album kompilasi

-Hits Songs

  1. Di pintu Sepi
  2. Setelah Hujan
  3. Gadis Ayu
  4. Kepala Angin

-Hits Songs

  1. Berpaling
  2. Mungkinkah Tertawa

[sunting] Anugerah dan penghargaan



__________________

kalau kita ingat orang...orang akan ingat kita...



Guru

Status: Offline
Posts: 934
Date:

LAGU-LAGU SEARCH DIKELUARKAN DALAM FORMAT MP3

 
 
imageNEWS

LAGU-LAGU SEARCH DIKELUARKAN DALAM FORMAT MP3

Setelah Search menghargai para peminat yang menyokong kewujudan mereka selama ini dengan mengadakan 'Konsert Fenomena Search 30 Tahun' di lima buah negeri hujung tahun lalu, kini giliran peminat mereka pula merakamkan sumbangan kepada ikon rock negara kita ini! Peminat setia Search yang berbuat demikian ialah Adimus Putra Mustafa, membalas jasa kumpulan tersebut dengan mengeluarkan lagu-lagu terpilih dari semua album dan dimuatkan dalam bentuk MP3. Ia merupakan satu keluaran rasmi Search diberi judul  'Search XXX Anniversary 1981-2011' yang diterbitkan di bawah syarikat milik Adimus,  Hooray Marketing Sdn. Bhd.

 

 

 

 

Produk tersebut akan dilancarkan pada 16 April 2012 dengan memuatkan 101 lagu dan dikeluarkan sebanyak 5,000 unit sahaja. Boxset tersebut yang dijual pada harga RM333 setiap satu adalah hadiah istimewa buat peminat mereka dalam tahun ini. Pembelian boleh dibuat  melalui online di http://www.fenomenasearch.com.

 

mp3searchboxset.jpg

Bookset MP3  "Search XXX Anniversary 1981-2011" ini dilengkapi 1unit mp3,Charger, Earphone,Remote Control dan Booklet. [Credit: Dunia Search]

newmp3search.jpg

mp3search.jpg


mp3search2.jpg

"Ini adalah sebuah item koleksi para peminat tegar Search. Kami bekerjasama dengan empat buah kilang di China dan sebuah kilang di Malaysia untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Harga MP3 Search ini amat berpatutan dengan jumlah lagu dan reka bentuk kotak yang boleh menjadi hiasan rumah. MP3 ini akan dijual di kedai-kedai kaset CD dan laman-laman web," ujar Adimus mengenai MP3 berkenaan dan istimewanya produk tersebut memuatkan sebuah lagu bonus 'Kejoraku Bersatu' yang asalnya dinyanyikan Moq Rampage dirakamkan semula di Studio Roggeng, Luncai Emas, Selangor. Lagu tersebut mendapat sentuhan Dato' M. Nasir iaitu individu yang banyak mencorakkan perjalanan Search sejak album pertama lagi. MP3 ini hanya sebagai permulaan untuk tahun ini kerana selepas ini akan disusuli lagi dengan produk terbaru Search dalam bermacam-macam bentuk. Search memulakan titian baru perjalanan kariernya menempuh era milenium dengan MP3 ini.

 


karisma%20edisi%2019.jpg

 

Search di muka depan Majalah Karisma Edisi 19. Anda boleh melanggan edisi ini secara online jika berminat!

BERIKUT ADALAH 45 FAKTA SEARCH YANG DISIARKAN SECARA EKSKLUSIF OLEH KARISMA di Edisi ke-19 [Sumber: Dunia Search]

1. Bunyi efek kereta dalam lagu 'Kereta Merah' diambil daripada 'sampling' bunyi kereta Ferrari yang terdapat dalam sekeping CD 'sound effect' kepunyaan Yazid bertujuan memantapkan lagi lagu tersebut.

2. Pertama kali Amy membuat persembahan di hadapan khalayak ramai adalah pada sebuah majlis perkahwinan di Kota Tinggi. Lagu yang dinyanyikan olehnya pada majlis tersebut ialah 'Hotel California'.

3. Sebelum ditawarkan menyertai Search, Din merupakan pemain gitar kumpulan Hurricane. Antara ahli kumpulan Hurricane pada masa itu ialah adik Yazid yang juga bermain  dram, Zahid Ahmad. Sesi uji bakat untuk Din diadakan di The Red Roosters Club pada sebelah siang dan beliau menggunakan sebuah gitar jenama Aria Pro semasa sesi tersebut.

4. Semasa bermain di Hard Rock Cafe, pihak pengurusan kelab tersebut memberi peluang kepada anggota Search membeli peralatan muzik yang baru. Mereka kemudian ke Singapura membeli peralatan yang diingini. Man Kidal serta Din memilih gitar Gibson Flying V dan amplifier Marshall. Menurut Din, gitar tersebut digunakan secara keseluruhan untuk rakaman album 'Cinta Buatan Malaysia'.

5. Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pernah menobatkan Search pada 1987 sebagai pemenang kategori Penyanyi Berkumpulan Popular. Melalui anugerah itu yang diperkenalkan pada 1987 dengan nama Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular 1987 (APPP87), Search mendapat 178,483 undi mengalahkan Alleycats, Freedom, Lefthanded, Sons of Adam dan Headwind.

6. Lagu 'Manusia Reptilia' yang berdurasi 6:50 minit merupakan lagu terpanjang pernah dirakamkan Search. Sementara lagu 'Mata Kucing' merupakan lagu terpendek pernah dirakamkan. Lagu yang berdurasi 2:50 minit itu juga merupakan satu-satunya lagu yang berdurasi kurang dari tiga minit pernah dirakamkan oleh mereka.

7. Lagu 'Nirmala' yang terdapat dalam album 'Rampage' merupakan satu- satunya lagu tanpa dihiasi dengan gitar, dram dan bass. Lagu hits tersebut cuma memasukkan kehadiran piano dan kibod untuk menghiasi lagu berkenaan.

8. Semasa Search merakamkan album 'Mentari Merah Diufuk Timur' Di Lion Studio, Singapura, mereka telah berjumpa dengan jurutera bunyi Def Leppard, yang menjadi jururakam untuk album 'Pyromania'. Album itu yang memuatkan lagu hits 'Foolin'. Kebetulan Def Leppard dan Search pada masa itu bernaung di bawah label yang sama iaitu Polygram Records dan Search meminta kebenaran Def Leppard untuk merakam kembali lagu 'Foolin' dengan menggunakan khidmat jurtera bunyi tersebut dengan peralatan yang sama digunakan semasa rakaman 'Pyromania'. Kemudian terhasil lagu 'Berpaling' dan'engineer' tersebut kalau tidak silap bernama Mike Shipley.

9. Lagu 'Mata Kucing' dari album 'Rock N Roll Pie' ciptaan bersama Din dan Man Bai (bekas vokalis Gersang) di Synchrosound Studio, Petaling Jaya.

10. Dalam album 'Bikin Wilayah' semua lagu ciptaan Search dirakamkan dahulu diikuti lagu-lagu ciptaan sifu M. Nasir.

11. 'Bikin Wilayah' merupakan album projek dengan Awie. Diterbitkan pada tahun 1998 dan dirakamkan di Menora Studio Setapak .Trek untuk bahagian ritmanya dirakam hanya dalam masa tiga hari sahaja oleh Din. Studio itu kini menjadi milik Joe Wings.

12. Dalam pertandingan akhir Juara Lagu 1989, lagu 'Isabella' terpilih sebagai Juara dengan hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 beserta piala pusingan dan set karaoke RQ 12. Untuk kategori Persembahan Terbaik pula Search memenangi wang tunai sebanyak RM 3,000, piala dan set karaoke RQ12  manakala kategori Lirik Terbaik pula, Bob Lokman mendapat hadiah wang tunai RM2,000, piala dan set karaoke RQ12.

13. Penganjur konsert rock tersohor, Ali Bakar penah menyatakan tiga konsertnya di Stadium Negara pada era '80-an dan '90-an yang mencatat kutipan tertinggi dengan jualan tiket mencecah 10,000 keping setiap satu konsert ialah konsert 'Battle Of The Bands', konsert 'Fantasia Search' dan konsert Rusty Blade dan Wings. Konsert Fantasia Search pada September 1987 menduduki tangga kedua dengan kutipan RM 90,000 berdasarkan jualan tiket berharga RM5, RM10 dan RM15. Artis undangan untuk konsert itu ialah Sons Of Adam, Bumi Putra Rockers (BPR) dan Kopratasa.

14. Sebelum mengeluarkan album 'Cinta Buatan Malaysia, Search yang awalnya dikenali sebagai The Search muncul dalam sebuah rancangan ala MTV terbitan TV3. Dalam rancangan itu The Search mendendangkan dua buah lagu iaitu 'Rock You Like A Hurricane' (Scorpions) dan 'Jump' (Van Halen). Ketika itu belum ada larangan berambut panjang. Pihak media massa pula merujuk Search sebagai The Search.

15. Menerusi 'Cinta Buatan Malaysia', Yan telah munyumbangkan vokalnya untuk lagu 'Jiwa-jiwa Luka' dan 'Cinta Pertama'. Dalam satu temubual berkaitan perkara ini dan ditanya bagaimana beliau boleh menyanyi untuk dua buah lagu itu, Yan menjawab, "Nasir (M. Nasir) yang suruh. Saya tidak tahu apa yang ingin beliau buktikan. Saya hanya nyanyi sepertimana yang disuruh."

16. Search telah menghasilkan beberapa video sama ada dalam bentuk VHS, Video CD dan DVD. Video pertama dalam bentuk VHS ialah 'Konsert Kesyukuran' yang dirakam dan dikeluarkan pada 1989. Video CD pertama 'Konsert Gema Di Timur Jauh Unplugged' pada 1995. Sempena konsert reunion Search setelah beberapa tahun 'dibekukan', Search mengeluarkan visual pertamanya dalam DVD berjudul 'Konsert Evolusi Search' pada 2004. DVD terkini yang dikeluarkan ialah konsert 'Double Trouble Live In JB' pada Oktober 2010.

17. Lagu 'Sirih Gambir' merupakan lagu pertama yang dirakamkan Search untuk 'Cinta Buatan Malaysia'. Lagu tersebut menjadi pilihan kerana Search sering memainkannya di kelab-kelab malam sebelum itu dan ini memudahkan mereka membuat kerja-kerja rakaman iaitu secara live untuk lagu berkenaan. Asalnya lagu itu adalah milik The Kinks berjudul 'You Really Got Me'.

18. Idea untuk memulakan 'intro' di pangkal lagu 'Isabella' dengan gentelan gitar bass dicadangkan oleh M. Nasir yang inginkan suatu kelainan berbanding lagu lain yang biasanya dimulakan dengan gitar atau dram. 'Intro' tersebut terlaksana melalui petikan spontan yang dicipta M. Nasir semasa proses merakamkan lagu berkenaan.

19. Mengikut perancangan asal, sepatutnya lagu 'Kepala Angin', 'Di Pintu Sepi', 'Gadis Ayu', 'Jendela Asmara' dan 'Setelah Hujan' dimuatkan dalam album 'Fenomena'. Apabila pihak Polygram mengeluarkan album 'Di Pintu Sepi' maka M. Nasir mengambil tindakan mahkamah dengan menyekat pengeluaran album tersebut. Hasil daripada konflik ini, beberapa perubahan dilakukan dalam 'Fenomena'. Ada beberapa lagu tetap dikeluarkan dalam album itu dan ada pula yang digantikan dengan lagu lain seperti 'Isabella' dan 'Jendela Asmara' ditukar kepada 'Gadis Misteri'.

20. Album 'Rampage' tidak di lancarkan di Malaysia. Album yang penuh dengan idea-idea ' advance' ini pada asalnya dirancang pelancarannya secara rasmi pada 1 Mei 1992 di Indonesia sekali gus dengan sebuah konsert di Stadium Teladan, Medan, Indonesia. Bagaimanapun pelancarannya ditunda bagi memberi laluan untuk pilihan raya Indonesia yang berlangsung dalam bulan sama. Ia kemudian dilancarkan pada 14 Mei 1992 di Indonesia. Dua hari selepas itu mereka menemui peminat-peminat di Malaysia. Konsert jelajah 'Rampage Indonesia' pula diadakan pada sekitar Julai.

21. Ketika merakamkan album 'Karisma', pada mulanya Search mahu meletakkan 'Melastik Ke Bintang' sebagai tajuk album tersebut. Namun setelah merasakan tajuk tersebut mempunyai maksud sesuatu yang mustahil untuk dicapai, akhirnya Search bersepakat memilih 'Karisma' iaitu membawa pengertian 'daya personaliti yang kuat' sebagai tajuk album. Sebanyak 17 lagu dirakamkan semasa pembikinan album tersebut tetapi hanya 10 lagu terbaik dipilih untuk dimuatkan dalam 'Karisma'.

22. M. Nasir dalam tulisannya pada tahun 2000 berkaitan Search pernah menyatakan, "Sebaik sahaja Search memainkan lagu 'Stairway To Heaven' yang merupakan lagu Led Zeppelin, walaupun tidak berapa kedengaran dan faham apa yang disebut Amy, saya berfikir rock buatan mereka sudah cukup buat Malaysia."

23. Konsert 'Rock N Roll Pie: Live N Loud' berlangsung pada 20 Disember 1996 dengan penampilan Amy membotakkan kepalanya. Konsert yang dianjurkan oleh Nasir melalui Dangaroos turut mengundang Wings (era Mus) sebagai band pembukaan. Konsert ini awalnya dirancangkan pada 21 Disember tetapi dipercepatkan sehari bagi mengelakkan pertembungan dengan jadual perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia, Selangor lawan Sabah. Menariknya untuk menghargai peminat mereka, sesiapa yang menyambut hari kelahiran dan tarikh ulang tahun perkahwinan pada tanggal 15 Disember dan 20 Disember berpeluang mendapatkan tiket percuma bagi menyaksikan konsert ini. Tarikh 15 itu adalah sempena sambutan ulang tahun ke-15 penubuhan Search ketika itu.

24. 'Rampage' mencatat sejarah sebagai album pertama yang diterbitkan sepenuhnya oleh Search. Dua buah lagi album yang mana Search menjadi penerbit ialah 'Rock N Roll Pie' dan 'Bikin Wilayah'. M. Nasir pula merupakan penerbit utama album-album awal Search yang semuanya berjumlah sembilan album, termasuk sebagai penerbit bersama.

25. Sehingga hari ini Search adalah satu-satunya artis atau band di Malaysia yang menggunakan arca untuk kulit album. 'Rampage' yang diterbitkan pada 1992 menggunakan arca karya daripada sorang artis terkenal tanahair Bayu Utomo Radjikin. Karya ini di beri nama 'Bujang Berani'. Karya seni yang terhasil pada 1991 itu diperbuat daripada logam besi, diadun dengan 'plaster of paris'. Ia adalah karya yang menceritakan tentang keberanian dan kecekalan masyarakat Dayak iaitu golongan pribumi di Sarawak. Kulit album itu menjadi 'breaktrough' kepada stail rekaan cover album di Malaysia ketika itu yang masih lagi beku untuk mencari idea grafik yang unik dan radikal. Search sememangnye unggul sebagai perkarya seni negara, seperti mana arca tersebut yang sekarang masih gah berada di ruang pameran Balai Seni Lukis Negara.

26. Sepanjang 30 tahun Search di persada seni tanahair, sebanyak 12 buah studio digunakan bermula dari rakaman 'Cinta Buatan Malaysia' hingga kepada 'Gothik Malam Edan'. Lokasi studio tersebut adalah di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Antara studio itu adalah Lion Studio di Singapura, Guins Studio di Jakarta, Indonesia dan Synchrosound Studio serta King's Studio di Malaysia.

27. Sepanjang penghasilan album, Search telah merakamkan kembali empat buah lagu tempatan dalam album mereka sebagai lagu cover seperti lagu 'Malam', 'Suratku Untukmu', 'Yale-yale' dan 'Ku Cuba'.

28. Lagu 'Songsang' merupakan lagu terakhir yang dirakamkan oleh Hillary dalam album Fenomena sebelum beliau mengambil keputusan keluar daripada Search pada ketika itu.

29. Secara keseluruhan Search pernah mencipta 49 buah lagu bersama komposer. Antara lagu ciptaan bersama ialah 'Nur Nilam Sari' iaitu Search bersama M. Nasir, 'Satu Bangsa Satu Arah' (Din/Kisto Bimbo), 'Manusia Reptilia' (Aceh/S. Amin Sahab),'Diari Habil dan Qabil' (Amy/Aceh), 'Selepas Banjir' (Yazid/Rafi) dan 'Musafir' (Man Kidal).

30. Loloq, S. Amin Shahab dan M. Nasir merupakan penyumbang utama lirik lagu-lagu Search iaitu sebanyak 3,027 lirik dan setiap seorang menyumbang 19 lirik.

31. Sepanjang 30 tahun dalam industri muzik, Search telah mencipta 23 buah lagu tidak termasuk ciptaan bersama untuk album mereka. Antara karya 'masterpiece' Search yang terus unggul sehingga hari ini 'Isabella', 'Rozanna', 'Emmanuelle', 'Melastik Ke Bintang', 'Nigina' dan 'Mentari Merah Di Ufuk Timur'.

32. Mengikut cerita Hillary, semasa membuat kerja rakaman solo lagu 'Fantasia Bulan Madu', ianya merupakan rakaman sementara sahaja. Dimaklumkan M. Nasir ketika itu hanya mengarahkan Hillary, "buat je apa-apa dulu, nanti kita rakam balik," tetapi sehingga album berkenaan disiapkan solo itu tidak dirakam semula. Dan sehingga kini, solo 'Fantasia Bulan Madu' merupakan antara solo berhantu yang dihasilkan Search! Argh!

33. Mengimbau kembali penubuhan Search pada 1981, ia dilancarkan di The Red Rooster Club dengan empat anggota : Yazit, Hillary, Nasir dan Amy. Selain di kelab tersebut mereka pernah bermain di Flamingo Club dan pernah menjadi band pengiring Sahara Yaakob. Kembali semula ke The Red Rooster Club, Hillary keluar dan digantikan dengan Man Kidal dan Din pula mengambil tempat sebagai gitar ritma. "Dia datang dengan keranda,"  petikan dari buku Fenomena Search (1989).

34. Bersesuaian dengan 'trend' industri muzik tanahair, Search banyak menggunakan tajuk lagu yang mempunyai perkataan 'cinta'. Antaranya adalah 'Cinta Buatan Malaysia'; 'Cinta Sepi'; 'Cinta Pertama'; 'Gelora Cintaku'; '... Cintaku Hilang Bisanya'; 'Cintaku Karya Tuhan'; 'Gurindam Cinta Khayam' dan 'Lara Tari Percinta...'.

35. M. Nasir merupakan satu nama yang tidak boleh dipisahkan dengan Search. Selain menjadi pencetus kepada terhasilnya 'Cinta Buatan Malaysia', beliau juga merupakan individu yang bertanggungjawab membawa Search sehingga mencapai kejayaan pada hari ini. Sepanjang berkhidmat dengan Search, M. Nasir mencipta 52 buah lagu tidak termasuk ciptaan bersama bermula dari 'Cinta Buatan Malaysia' sehingga 'Gothik Malam Edan'.

36. 'Feel The Pain' merupakan satu-satunya lagu bahasa Inggeris yang dirakamkan walaupun Search mempunyai beberapa lagu yang menggunakan bahasa antarabangsa berkenaan sebagai tajuk contohnya 'No Way' dan 'Paranoid'.

37. 'Langit dan Bumi' merupakan satu-satunya lagu yang dicipta oleh Ramli Sarip untuk Search manakala 'Musafir' pula merupakan satu-satunya lagu yang dihasilkan Man Kedal untuk Search. Kedua-dua buah lagu tersebut liriknya ditulis oleh S. Amin Shahab.

38. Amy merupakan 'perunding imej' bagi Search di awal kemunculan mereka. Tugas itu kemudian diambil alih oleh Norma Norell yang merupakan isteri Aziz Bakar semasa Search di bawah pengurusan Aziz Bakar iaitu era 'Fenomena'.

39. Tanggal 7 Oktober 1984 adalah tarikh rasmi Search menjadi artis rakaman dengan menandatangani kontrak bersama Polygram Records. Ketika itu Search dianggotai oleh Amy, Nasir, Man Kidal, Yan dan Din. Pengarah Urusan Polygram ketika itu ialah Mr. Eric Yeoh. Bagaimanapun pada 12 Jun 1985 mereka memperharui kontrak sebelum album pertama dikeluarkan atas nasihat Pengurus Hard Rock Cafe, Gary Chew. Sebulan selepas itu Search berkampung selama dua minggu di Lion Studio, Singapura untuk rakaman album pertama. Pada Ogos 1985, 'Cinta Buatan Malaysia' dikeluarkan.

40. Search banyak memuatkan lagu yang menggunakan nama wanita dan ada antaranya mempunyai kaitan dan merupakan kisah ahli-ahli band tesebut misalnya 'Rozanna'. Beberapa lagu lain yang menggunakan nama wanita sebagai tajuk ialah 'Isabella', 'Emmanuelle', 'Nigina', 'Nirmala', 'Laila Namamu Teratas', 'Nur Nilam Sari' dan 'Memoria Ana'.

41. Suara pembaca berita untuk intro lagu 'Musnah' merupakan suara Eddie Marzuki, penggubah lagu, penerbit dan pemain gitar yang terkenal hari ini.

42. Search adalah satu-satunye artis dari benua Asia yang terpilih untuk mengadakan persembahan bersama-sama artis dari seluruh pelusuk dunia di New Music Seminar New York, Amerika Syarikat (AS) pada Julai 1991. Ketika berada di AS, Kid dan Din sempat menghubungi gitaris terkenal, Vivian Campbell (Dio, Def Leppard, Sweet Savage, Thin Lizzy) untuk mengadakan pertemuan santai bagi bertukar idea tentang suasana muzik. Oleh kerana kesibukan Vivian yang ketika itu dalam proses rakaman projek bandnya Shadow King, komunikasi antara mereka hanya terjadi melalui telefon sahaja.

43. Zainal Rampa bukan individu yangg dikatakan pengasas Search. Ianya diakui sendiri oleh Zainal dan juga Hillary. Secara kebetulan sebelum penubuhan Search, Zainal dah Hillary pernah menganggotai sebuah kumpulan kelab di sekitar bandar Segamat yang memainkan lagu berentak blues dan funk pada akhir '70-an. Hillary kemudiannya menarik diri dari kumpulan tersebut dan pulang ke Johor Bahru mencari Yazid untuk menubuhkan sebuah kumpulan baru yang kemudiannya dikenali sebagai The Search dan seterusnya mencuba nasib di Kuala Lumpur.

44. Dalam satu sidang akhbar pada awal '90-an, salah seorang wartawan menanyakan pendapat Amy dan Kid mengenai kumpulan-kumpulan thrash metal seperti Metallica dan Slayer. Tetapi jawapan yang diberi tidak memuaskan dan berlaku sedikit suasana kurang 'selesa'. Pemberita tersebut adalah dari majalah Fantasi selain mempunyai band sendiri yang amat berbeza genre muzik dengan Search. Wartawan berkenaan ialah Azmi Bahari, vokalis Blackfire, kumpulan black metal pertama di negara ini dan juga bapa kepada ekstrem metal di Malaysia sejak 1984!

45. Pada Januari 2010, sebuah majalah baru dengan konsep rock dan metal diterbitkan dan dikatakan namanya diambil daripada tajuk album Search 'Karisma'. Majalah tersebut sedang ditatap oleh anda sekarang dan tidak juga menolak nama majalah ini diambil dari tajuk album Sabbat dari Jepun yang turut menamakan album mereka sebagai 'Karisma'.



__________________

kalau kita ingat orang...orang akan ingat kita...



Guru

Status: Offline
Posts: 2137
Date:

terbaik bro info ni............!!!!!!!!
sampai abis aku baca,leh masuk exam SEARCH dah ni.......heheheheawwawwaww



__________________


"wa caya lu brader!!!!!!!!!!"

"RMR pencetus fenomena retro negara"



Guru

Status: Offline
Posts: 934
Date:

Remy Raider wrote:

terbaik bro info ni............!!!!!!!!
sampai abis aku baca,leh masuk exam SEARCH dah ni.......heheheheawwawwaww


 aku yang tak ada pasal SEARCH...kasut aliph search jer...

lau kompon nak jual ngn aku maknanya dah tahap katam dah pasal SEARCH GROUP ni hehehe....

BILA NAK JUAL ITU KASUT????biggrinbiggrin



__________________

kalau kita ingat orang...orang akan ingat kita...



Guru

Status: Offline
Posts: 2137
Date:

aiyoyoyoyyoyo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!jangan la abang............

__________________


"wa caya lu brader!!!!!!!!!!"

"RMR pencetus fenomena retro negara"



Guru

Status: Offline
Posts: 934
Date:

DSC04588.JPG18072_1191033219014_1323892341_30452450_3140632_n.jpg189017_202860586407291_100000500532327_786393_1670362_n.jpg25195_367980164511_762769511_3526761_4785311_n.jpg



__________________

kalau kita ingat orang...orang akan ingat kita...



Guru

Status: Offline
Posts: 2137
Date:

terbaik bro,gua xkesampaian lagi.......

__________________


"wa caya lu brader!!!!!!!!!!"

"RMR pencetus fenomena retro negara"



Guru

Status: Offline
Posts: 934
Date:

Suhaimi bin Abdul Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
 
Lompat ke: pandu arah, cari
Amy

Album solo Amy yang pertama berjudul "Magic"
Latar belakang
Nama lahirSuhaimi bin Abdul Rahman
Nama lainAmy Search
AsalBendera Malaysia Malaysia
GenreHard rock, Blues, rock
PekerjaanPenyanyi, Pemuzik
Tahun aktif1980 - kini
Kegiatan
berkait
Kumpulan Search

Suhaimi bin Abdul Rahman (lahir: 28 Julai 1958); lebih dikenali sebagai Amy Search) adalah seorang penyanyi rock yang begitu pupular di Malaysia dan Indonesia.

Isi kandungan

 [sorokkan

[sunting] Sejarah

Pada mulanya, Suhaimi bin Abdul Rahman bekerja sebagai seorang seorang penala piano sebelum menyertai Kumpulan Search bagi menggantikan tempat Zainal sebagai penyanyi. Apabila Zainal meninggalkan Search, Amy menjadi penyanyi utama sebelum dia menarik diri dan meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi solo. Beliau mendirikan rumahtangga yang pertama bersama Faridah, (1983-1985), dan bercerai kemudian berkahwin pula dengan Noorliza Abdul Latiff, (1990-1994). Sekali lagi rumahtangga Amy dilanda krisis dan berpisah lalu Amy mengahwini Roslisa Ahmad, sekali lagi Amy dilanda ujian dalam rumahtangganya membuatkan mereka berpisah lagi hinggalah berjumpa dengan Norish yang berasal dari Singapura kekal hingga kini. Hasil perkahwinan Amy beliau telah dikurniakan 4 orang cahaya mata semuanya iaitu (Nabila Huda (1984), Irisha Myra (1997), Alexander Zulkarnain (2004) dan Sania Samara.

[sunting] Meninggalkan Kumpulan Search

Kumpulan Search juga tidak lari dari mengalami perpecahan. Paling tidak dapat diterima oleh peminat setia mereka ialah pengunduran Amy sekitar tahun 1996 dari Kumpulan Search membuatkan ramai peminat mereka kecewa kerana waktu itu Kumpulan Search sudah bertapak lebih 10 tahun dalam industri muzik tempatan dan di antara kumpulan rock paling lama bertahan di Malaysia. Amy mengambil keputusan untuk meninggalkan Kumpulan search lalu menerbitkan album solo yang keduanya iaitu Camouflage. Sebelum Amy keluar Search beliau juga pernah merakamkan album solo yang pertama yang di beri judul Magic.

[sunting] Penyatuan semula

Setelah beberapa tahun bergerak secara solo timbul pula hasrat Amy bersama Kumpulan Search untuk membuat penyatuan semula. Ekoran dari kejayaan Amy membuat penyatuan semula bersama Search maka ramai artis yang dulu berkumpulan membuat penyatuan semula bersama kumpulan asal mereka seperti Nash] bersama Kumpulan Lefthanded, Saleem bersama Kumpulan Iklim Awie bersama Kumpulan Wings, Mustaffa Din / Mus bersama Kumpulan May, Joey bersama Kumpulan Bumiputra Rockers, Mael bersama Kumpulan XPDC dan ramai lagi.

[sunting] Album

  • ALBUM SOLO
  1. Magic (1994)
  2. Camouflage (1997)
  3. Aku (1999)
  4. Suatu Masa (2000)
  5. IKON - A Rockstar Chronicle (2006)
  • ALBUM SEARCH
  1. Cinta Buatan Malaysia (1985)
  2. Langit Dan Bumi (1986)
  3. Mentari Merah Di Ufuk Timur (1987)
  4. Di Pintu Sepi (1988)
  5. Berpaling (1988)
  6. Fenomena (1989)
  7. Search Live (1989)
  8. Karisma (1990)
  9. Sepuluh Tahun (1991)
  10. Rampage (1992)
  11. Double Trouble, bersama Wings (1992)
  12. Terbaik (1994)
  13. Gema Di Timur Jauh (1995)
  14. Gema Di Timur Jauh "Unplugged" (1995)
  15. Rock 'N' Roll Pie (1996)
  16. Rock N' Roll Pie Live N' Loud (1997)
  17. Double Trouble 2, bersama Wings (1998)
  18. Rockestra (2001)
  19. Gothik Malam Edan (2006)
  20. Konsert Rock Search Evolusi 2004 (2007)
  21. Live at Planet Hollywood (2007)
  22. Double Trouble Concert SEARCH & WINGS (2010)

[sunting] Anugerah

  1. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album, album Magic, Anugerah Industri Muzik ke-2 (1995)
  2. Album Rock Terbaik, penerbit Amy, album Camouflage, Anugerah Industri Muzik ke-5 (1998)
  3. Album Rock Terbaik, penerbit Amy & M.Nasir, album Aku, Anugerah Industri Muzik ke-7 (2000)
  4. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album, album Suatu Masa, Anugerah Industri Muzik ke-8 (2001)
  5. Juara Persembahan Terbaik, lagu Isabella, Anugerah Juara Lagu TV3 (1989)
  6. Anugerah Cakera Platinum Berkembar Tiga, album Karisma terjual melebihi 170,000 unit di Malaysia (1991)
  7. Album Terbaik, penerbit Search, album Gema Di Timur Jauh "Unplugged", Anugerah Industri Muzik ke-3 (1996)
  8. Album Rock Terbaik, penerbit Search, album Gema Di Timur Jauh, Anugerah Industri Muzik ke-3 (1996)

[sunting] Filem

  1. Kembara Seniman Jalanan (1986 / pelakon undangan)
  2. Rozana Cinta '87 (1987 / pelakon undangan)
  3. Sayang (1987 / pelakon utama)
  4. Kepala Angin (1987 / penyanyi latar)
  5. Fenomena (1990 / pelakon pembantu)
  6. Isabella (1990 / pelakon utama)
  7. Filem Rock (2005 / pelakon undangan)


__________________

kalau kita ingat orang...orang akan ingat kita...



Guru

Status: Offline
Posts: 934
Date:

18462_103476316346553_100000525556031_94555_2230498_n.jpg



__________________

kalau kita ingat orang...orang akan ingat kita...



Guru

Status: Offline
Posts: 934
Date:

SEARCH.jpg



__________________

kalau kita ingat orang...orang akan ingat kita...



Guru

Status: Offline
Posts: 934
Date:

search7.jpg



__________________

kalau kita ingat orang...orang akan ingat kita...



Guru

Status: Offline
Posts: 934
Date:

1.jpgsearch_-_Fenomena_-_[1990]350.jpg



__________________

kalau kita ingat orang...orang akan ingat kita...



Guru

Status: Offline
Posts: 934
Date:

TEGUH

Segalanya sudah bermula

Ku hanyut dalam arus dunia

Hanya kerna pengertian

Engkau menanti

 

Terlupa janji-janji indah

Bila hidup semakin berubah

Mengejar kekayaan

Kau kutinggalkan

 

Maaf sayang, oh sayang

Kelam hatiku ini

Bila bersama kita sengsara

Tanpa harta

 

Oh sayang, oh sayang

Tergoda jiwaku ini

Pada tipu perdaya yang menanti

Hinggakan luntur wajah kasihmu

Di wajahku

Menduakanmu

kau tersiksa

Menahan perit dalam setia

 

Engkau menghitung segala hari

Tanpa benci dan sakit hati

Betapa teguh

Bergetar bibir memanggilku

 

Kekayaan akan hilang

Biar bertahun dikumpulkan

Perjalanan ini amat jauh

Untuk mencari cinta

 

Kekesalan yang kurasa

Memaksa aku kembali

Memohon belas darimu

Andai ada kasihmu

 

Engkau hukumlah aku menanti

Dengan relanya kutanggung semua

Berikan aku

Rahsia keteguhan cintamu ( 2X )

 

 

Album: Karisma (1990)

Lagu: M.Nasir

Lirik: Bob Lokman



__________________

kalau kita ingat orang...orang akan ingat kita...



Guru

Status: Offline
Posts: 934
Date:

ANDAI KUMILIKI SEMALAM

Andai kumiliki semalam

Dan bisa aku ubah menjadi esok

Takkan kuubah apapun

Kerna aku tahu engkau tetap indah

Tanpa sempadan masa

Aku bahagia seadanya

 

Tangis ini tanda kasihku

Bukan mengeluh luka yang semalam

Kerna engkau mengasihiku

Tiada sendu lagi di duniaku ini

 

Aku tak dapat bayangkan

Sengsara yang harus kutanggung

Jika kau pilih perpisahan

Tanpa punca yang meyakinkan

Aku akan tersasar mencari cintamu

 

Andai terhentinya masa

Dan gunung jatuh ke laut

Kau tetap kucinta

Kasih sayangku adalah kekuatan

 

Untuk menempuh segala

Dugaan yang tak terbayangkan

Oleh insan yang lemah seperti kita

Sekalipun kumiliki esok

Takkan kumenolak ketentuan...

 

 

Album: Gema Di Timur Jauh (1994)

Lagu: M.Nasir

Lirik: M.Nasir

 



__________________

kalau kita ingat orang...orang akan ingat kita...



Guru

Status: Offline
Posts: 934
Date:

BALADA PEMUZIK JALANAN

Jeritan akordian tua

Merayap di udara

Meniti di hati manusia

Yang berjalan di kaki lima

 

Berkaca mata hitam

Berdendang lagu ehsan

Dari kalbu sang insan

 

Si pemuzik jalanan

Dengan seribu impian

Berpandukan naluri

Setajam mentari

 

Walau dunia gelap gelita

Namun terang cahaya hatinya

 

 

Album: Cinta Buatan Malaysia (1985)

Lagu: Zainol Ali



__________________

kalau kita ingat orang...orang akan ingat kita...

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard