Campurkan minyak kelapa dan air asam. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas.
Ambil secawan teh pekat dan tambahkan satu sudu garam. Setelah suam/sejuk, tuangkan rata-rata ke atas rambut dan urut kulit kepala. Biarkan selama sejam, bilas dengan air sejuk tanpa syampu. Selain itu, sila tingkatkan pengambilan vitamin A, B, minerals dan juga protein dalam pemakanan anda.
Vitamin A membantu menjaga kesihatan kulit kepala dan membuat rambut lebih bersinar. Vitamin A terdapat banyak dalam sayuran hijau dan buah-buahan berwarna merah dan kuning.
Vitamin B berperanan dalam melancarkan pengeluaran minyak untuk menjaga kelembapan dan kesihatan rambut. Vitamin B banyak terdapat dalam sayuran hijau daun, bijiran, hati, yogurt dan pisang.
__________________
''kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah"
marwie 3xv 017-3766415 BANGI - PUTRAJAYA - BUKIT MAHKOTA - KUALA PILAH LEPAK SANTAI RETRO PUTRAJAYA
SETIAP RABU
LOKASI (laman perdana/dataran putra - SEBELAH JABATAN PERDANA MENTERI)