RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Rahsia Wanita Tanah, Api, Angin dan Air


Guru

Status: Offline
Posts: 6285
Date:
Rahsia Wanita Tanah, Api, Angin dan Air


Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya. Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.


i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas Wanita berunsur Tanah Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar.

Wanita yang bersifat tanah

biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.

* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.

* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.

* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air

Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.

* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.

* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.

* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.


Wanita yang berunsurkan Api

sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.

* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.

* Penasihat yang baik kepada suami.

* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.

* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.


Wanita berunsur Angin

meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.

-- Edited by marwie 3xv on Saturday 22nd of May 2010 07:29:26 AM

__________________

''kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah"

marwie 3xv      017-3766415
BANGI - PUTRAJAYA - BUKIT MAHKOTA - KUALA PILAH

LEPAK SANTAI RETRO PUTRAJAYA
SETIAP RABU
LOKASI (laman perdana/dataran putra - SEBELAH JABATAN PERDANA MENTERI)
6PM - 12PM

PUTRAJAYA RETRO OWNER CLUB ( PROC)                            

 - tzr250 3XV -



Guru

Status: Offline
Posts: 576
Date:

cik marwie letak rahsia lelaki mgnai tanah,api,air,dan angin..

__________________
'tak lapok dek zaman'
mrX


Guru

Status: Offline
Posts: 941
Date:

huhhh???

2 dya rahsia turun temurun...

__________________
 


Guru

Status: Offline
Posts: 576
Date:

hahahaah..mungkin la kot rahsia trun temurun..awwawwaww

__________________
'tak lapok dek zaman'
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard