RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: kawasaki athlete 125


Guru

Status: Offline
Posts: 6285
Date:
kawasaki athlete 125






athlete125


Baru-baru ni saya ada review Honda CS1
yang cukup hebat di Indonesia dan selang beberapa bulan ia dilancarkan
di Indonesia Kawasaki juga memperkenalkan senjata hebatnya bagi
kategori itu.


Kawasaki Athlete 125 merupakan saingan
sengit mesin Honda itu dengan mempunyai reka bentuk sangat ekstrem dan
futuristik. Jika di Malaysia rupanya boleh dikatakan seakan Suzuki Belang 150R namun Kawasaki ini tampak lebih radikal. Bertuah betul peminat-peminat motor di negara jiran kita.


Kalau tak silap saya model ini juga
dipasarkan di Filipina dengan nama Fury 125. Namun rakyat Indon bertuah
kerana Kawasaki menawarkan pakej istimewa iaitu versi rim sports dan
disk break depan belang. Wow! Apakah rahsianya? Kena tanya pihak
Kawasaki.


Kuasa Enjin


Kekuatan utama Athlete 125 ini terletak
pada enjin 124.6cc sejukan udara yang mempunyai rekabentuk enjin
oversquare seperti kebanyakkan superbike. Kelebihan enjin jenis ini
dapat mencapai putarab enjin maksimum pada nilai agak tinggi dengan
kuasa 9.9 hp pada 8,000 rpm. Seakan hampir sama dengan kuasa Honda Sc1
perghhh!!! Cuma Athlete 125 ini hanya menggunakan transmisi 4 kelajuan.


Panel Meter Athlete 125


Sistem Suspensi


Kalau kita perhatikan bahagian
kedudukan monosocknya agak radikal seperti model Kawasaki ER-6n.
Kedudukan paralel seperti ini dikatakan lebih stabil berbanding
menegak. Kedudukan tangki bahan api berada di bahagian hadapan seperti
Modenas Excite menambahkan lagi kestabilan Athlete 125.


Sungguhpun begitu di Malaysia hanya
menunggu seolah-olah kucing bertanduk mengarapkan nama-nama besar
seperti Kawasaki, Honda dan Yamaha membawa masuk model-model cangggih
seperti ini. Bukan mesin dah basi dan tak laku di negara-negara jiran
barulah bagi rakyat Malaysia rasa.


Spesifikasi Kawasaki Athlete 125


Jenis Enjin : 4 stroke, SOHC 2 valve


Gerek x Lejang : 56.0 x 50.6m


Jumlah Silinder :  1


Isipadu : 124.6cc


Nisbah Mampatan : 9.5:1


Kuasa Maksimum : 9.9 PS @ 8000 RPM


Tork Maksimum : 10.64 Nm @ 4000 RPM


Karburator : Keihin PB 18


Transmisi : 4 kelajuan  N-1-2-3-4 (Rotary)


Sistem Nyalaan : DC-CDI



__________________

''kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah"

marwie 3xv      017-3766415
BANGI - PUTRAJAYA - BUKIT MAHKOTA - KUALA PILAH

LEPAK SANTAI RETRO PUTRAJAYA
SETIAP RABU
LOKASI (laman perdana/dataran putra - SEBELAH JABATAN PERDANA MENTERI)
6PM - 12PM

PUTRAJAYA RETRO OWNER CLUB ( PROC)                            

 - tzr250 3XV -



Guru

Status: Offline
Posts: 1157
Date:

adekah model ni kua kat malaysia?

__________________



Guru

Status: Offline
Posts: 5052
Date:

tak lama lagi la tu...nnt Modenas msti buat..mcm model2 yg lain Modenas sblum2 ni.. wink.gif

__________________

 " Integration of Colors, Speed & Sound...."

mrX


Guru

Status: Offline
Posts: 941
Date:

perghhh..

moto ni kalu beli kat adik aku ambo nti msti terbaek...

boleh gak pinjam test ngan LC 135..

ha ha


__________________
 
az


Guru

Status: Offline
Posts: 1050
Date:

rahami wrote:

tak lama lagi la tu...nnt Modenas msti buat..mcm model2 yg lain Modenas sblum2 ni.. wink.gif




 Modenas kan mengikuti perkembangan dnnia permotoran..baru la boleh bersaing dgn musuh awwawwaww



__________________

Ride On & Ride Safe...



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 32
Date:

canggih......

__________________
true to the last detail   

Uploaded with ImageShack.us


Member

Status: Offline
Posts: 5
Date:

pehhh...ganas moto ni..


-- Edited by man jaf on Monday 28th of June 2010 05:59:49 AM

Attachments
__________________
-aku anak retro-
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard