RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Mari Kita Bercerita tentang Nabi Kita

Guru

Status: Offline
Posts: 1214
Date:
Mari Kita Bercerita tentang Nabi Kita

dr inbox mail.

Balik berhari-raya di kampung memang menyeronokkan bagi orang kota seperti saya ni.

Pemandangan yang merehatkan mata dengan hijau sawah-bendang, kanak-kanak memanjat

pokok pukul lima untuk terjun ke sungai. Waktu hampir senja kelihatan si remaja memegang

rotan menghambat lembu-kambing ke kandang. apa pula kelihatan di kota di waktu begini?

Pak Maun, lelaki berusia lanjut yang dikenali merantau dari kota sejak masa mudanya. Orang kampung kata dia berasal dari keluarga yang hidup mewah kemudiannya porak-peranda disebabkan perubatan harta-pusaka. Di kalangan ahli keluarganya, Pak Maun dikatakan ahli keluarga paling alim hanya kerana dia seorang yang menunaikan solat. Itupun solat jumaat, kini masa berlalu solat 5 waktu sentiasa dilakukan di masjid.

Waktu mahgrib. Safnya cuma 2. Besarnya masjid kerana masing ada saf-saf yang kosong. Tidak seperti masjidil Haram yang kecil disebabkan sentiasa penuh, begitu kata Pak Arab, rakan siber saya. Saya bersolat di belakang Pak Maun. Dah ditolaknya orang kampung dia ke depan, tok imam ke kota rumah anaknya kata mereka.

Bacaanya memang sedap, cukup harkat-tajwidnya. Seoronoknya solat dalam suasana kampung, bunyi cengkerik, kelawar, katak dsb.

Bunyi di kota?

Sewaktu rukuk rakaat ke-2, Imam tu terkentut, dan didengarilah seorang makmum dibelakangnya.

"Eh, imam terkentut pulak." Bunyi suara makmum di sebelah kiri saya.

"Diamlah, batal solat kang." Tegur makmum disebelah kanan.

Saya di tengah-tengah dah mabuk angin dari hadapan.

Sewaktu kiam dari rukuk rakaat ke-3, sekali lagi hembusan bayu kentut dari hadapan.

Saya fikir agaknya Imam ni sakit dan deria rasanya dah kurang. Sebab tu dia teruskan solatnya,

husnu dzhon saya.

Saya diamkan perkara ni. Sambil menunggu isya' saya sendirian perlahan bertanya Imam.

"Pak Maun, maaf saya nak bertanya ni."

"Ye nak, apa dia?" Jawab Pak Maun.

"Masa rukuk rakaat ke-2 dan kiam selepasnya pula dari rukuk rakaat ke-3 saya terdengar dan

terbau sesuatu." Ujar saya sambil menyusun mencari ayat terbaik untuk diungkapkan.

Balasnya Pak Maun, "Maksud kamu, Pak Maun kentut begitu?"

Al-hamdulillah riak wajahnya selamba, saya anggukkan kepala tanda membenarkan.

"Eh, sekali ke dua kali aku kentut?" Soal Pak Maun seperti keliru.

"Dua kali, Pak Maun." Jawab saya.

"Ahhh, tak mengapa tu. Itu pasal aku ambil wudhu tiga kali. 2 dah batal tinggal baki 1 lagi kan." Dengan penuh keyakinan Pak Maun menjawab sambil melontarkan pandangannya ke dalam mata saya.

Tak dapat nak digambarkan apa perasaan saya pada masa tu. Pak Maun dah bermatematik dalam

soal wudhu dan solatnya. Seumpama kes orang yang mahu berpuasa sunnah enam tanpa puasa

Romadhon. Saya memang tak puas hati, nasib baik maklum kita kena memuliakan orang alim, hormat orang tua dan mengasihi kanak-kanak.

Soalan cepumas saya kepada Pak Maun, "Oh begitu, saya tak belajar lagi bab tu. Apa nasnya ya Pak Maun. Ajar la saya." Dengan penuh minat saya menanti. Pak Maun menjawab,

"Ada banyak kalau kamu mahu. Qul 'a'dzubirobbinNAS. ..MalikinNAS. ..(hingga akhir ayat An-Nas)"

Saya rasa dunia ni gelap. Bukak-bukak je mata, dah ada di rumah. Tok Wan saya cakap, orang surau nampak saya tiba-tiba terjelepuk di beranda surau dan Pak Maun pula terpinga-pinga. Sekali lagi saya rasa nak pitam.

"Nak, mungkin berat untuk kamu pikul ilmu tinggi-tinggi ni." Sapa Pak Maun dari atas kerusi ruang tamu rumah Tok Wan.

__________________
ape lah yg ada pada nama
ape lah yg ada pada gelaran
sampai masa kite akan jatuh
beringatlah

BERMACAM2 RAYBAN DAN AKSESORI RAYBAN UNTUK DIJUAL.
PM SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT.

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard