Allah Ta'la telah berfirman dalam Surah An Nisa': ayat 3 yang bermaksud:
" Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."
Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab:-
- Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.
- Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.
- Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.
- Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.
PROSEDUR PERMOHONAN POLIGAMI
* Pemohon memfailkan aduan di Pejabat Agama Islam Daerah (Isi borang aduan).
* Sessi kaunseling untuk perbincangan, nasihat dan mendapatkan panduan.
* Dapatkan borang 1 B permohonan berpoligami di Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan.
* Pemohon membuat akuan sumpah di hadapan Ketua Pendaftar / Pendaftar / Timbalan Pendaftar / Penolong Pendaftar bagi kariah masjidnya dengan membawa 2 orang saksi lelaki.
* Mendaftarkan kes permohonan berpoligami di Mahkamah Syariah dengan melampirkan dokumen yang berkaitan.
* Perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah (ditetapkan mengikut giliran kes permohonan).
* Keputusan/perbicaraan - dapatkan surat kebenaran nikah (Seksyen 23).
* Jika mendapat kelulusan, rujuk semula ke Pejabat Agama Islam Daerah. Serahkan surat kebenaran nikah (Seksyen 23) kepada pihak perempuan untuk dilampirkan dengan permohonan beliau semasa berurusan dengan Penolong Pendaftar Nikah di kariah masjid yang berkenaan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
* Borang 1 B (permohonan berpoligami)
* Salinan slip gaji akhir / akuan sumpah jumlah pendapatan.
* Salinan kad pengenalan pemohon dan isteri yang sedia ada.
* Salinan surat nikah dengan isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.
* Salinan surat beranak anak-anak.
* Pengisian borang-borang Mahkamah Syariah.
* Bayaran/fee Mahkamah.
* Surat laporan aduan Pejabat Agama.
* Bagi pemohon yang baru memeluk agama Islam, hendaklah mengemukakan kad perakuan memeluk Islam dan telah memperolehi kad pengenalan / kad pengenalan sementara yang mengandungi nama Islam.
* Surat kelulusan daripada Kor Angkatan Tentera jika pemohon seorang anggota tentera.
* Surat kelulusan daripada Polis Diraja Malaysia jika pemohon seorang anggota polis.
1. Mengapakah permohonan berpoligami perlu dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah?
Permohonan berpoligami perlu dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah kerana ia telah diperuntukkan dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor No. 4/1984 (pin.) 1988 di bawah Seksyen 23 (1) "Tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seorang lain dalam masa ia masih beristerikan isterinya yang sedia ada kecuali dengan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada Hakim Syariah, akan tetapi dan tertakluk kepada Seksyen 123, jika ia berkahwin sedemikian tanpa kebenaran tersebut maka perkahwinan itu boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini dengan perintah Mahkamah."
Seksyen 123 menyatakan "Jika seseorang lelaki berkahwin lagi di mana-mana jua pun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu dari Mahkamah maka ia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau dengan penjara tidak lebih dari enam bulan atau dengan kedua-duanya denda dan penjara itu."
Keputusan untuk menetapkan sama ada seseorang lelaki itu boleh berpoligami atau sebaliknya adalah di bawah bidangkuasa Hakim Syariah kerana pihak lelaki itu perlu membuktikan bahawa beliau mempunyai kelayakan mengikut hukum syarak.
2. Adakah seorang lelaki yang ingin berpoligami perlu mendapatkan kebenaran daripada isteri yang sedia ada?
Kebenaran untuk berpoligami daripada isteri yang sedia ada bukan merupakan satu syarat yang utama dalam meluluskan permohonan seseorang lelaki untuk berpoligami. Walaubagaimanapun, berdasarkan peruntukan dalam Seksyen 23 (3) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor No. 4/1984 (pin.) 1988, pihak suami perlu menyatakan sama ada beliau telah mendapat keizinan daripada isteri yang sedia ada atau sebaliknya untuk berpoligami.
__________________
Lepak SANTAI MAT NEGRO!! ------------------------------- Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!. Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM call aku - 019-6003900...!!

Ni Mamat yang berhajat ni...he..h.e..... ado ko namo den disobut2....patut la tersodak2 den ni..... bagi den satu pon da cukup BUAT MASA ni..... Satu pon tak terbela.mcmana nak pasang lai satu... baik den bela muto langsung tak mintak makan nasi ke...air kopi ke...air sirap ke... bersikap ADIL tu yang susah tu...kalo ADIL tapi tapi TAK MAMPU pon tak bleh....kalo MAMPU tapi TAK ADIL pon tak bleh...Susah tu.......