TAMAN BAIDURI No. 11A, Jalan Baiduri 2, Taman Baiduri, 43800 Dengkil, Selangor
SEBUAH RUMAH ANAK-ANAK YATIM/MISKIN BARU AKAN DIBUKA DI TAMAN BAIDURI, DENGKIL
Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri (nama Taman Baiduri digunakan untuk sementara sehingga nama sebenar diluluskan oleh ROS) akan dibuka pada Mac 2009 di sebuah kediaman yang diwakafkan di No. 11A, Jalan Baiduri 2, Taman Baiduri, Dengkil.
Rumah ini bertujuan membantu anak-anak yatim dan miskin lelaki yang terbiar, tiada tempat tinggal, tiada waris yang sudi menjaga, tercicir dari alam persekolahan dan buta huruf mendapat jagaan yang sempurna terutama dari segi pendidikan, tempat tinggal, makanan dan pakaian. Anak-anak ibu tunggal yang memerlukan jagaan sementara kerana kematian bapa atau perceraian, adik-beradik ramai, ibu berpenyakit kronik dan hidup dalam kemiskinan juga diberi perhatian oleh rumah ini.
Rumah ini diwujudkan atas keprihatinan dan usaha untuk melihat anak-anak ini melalui zaman kanak-kanak dengan sihat dan sejahtera, memberi peluang kepada mereka membesar dengan sempurna dan menyelamatkan mereka dari sebarang bentuk gejala sosial akibat kesengsaraan dan tekanan hidup.
Dalam hal ini, kemampuan kami agak terbatas. Jadi, kami memerlukan sokongan semua pihak untuk menjayakan usaha ini. Sehubungan itu, kami amat berharap dan berterima kasih sekiranya Tuan/Puan dapat menghulurkan sebarang bentuk bantuan yang mampu demi anak-anak ini. Berikut disenaraikan barangan keperluan untuk anak-anak yatim/miskin dan rumah tersebut:
Item
Kuantiti
1
Al-Quran resam Uthmani
20
2
Muqqadam / Iqra
20
3
Surah Yasin
20
4
Sejadah
20
5
Rehal
20
6
Kain pelikat
16
7
Songkok
16
8
Buku cerita dan buku latihan
9
Rak buku
5
10
Pakaian sekolah (Baju, seluar, stokin & Kasut)
16
11
Peralatan sekolah (beg, bekas bekal & alatulis)
16
12
Pakaian harian
16
13
Almari pakaian
16
14
Katil double decker
8
15
Tilam
20
16
Bantal
20
17
Selimut
20
18
Kipas dinding
8
19
Lampu kalimantang
10
20
Dapur gas
1
21
Pinggan plastik, senduk, sudu & gelas plastik
20
22
Ampaian kain
1
23
Beras, gula, tepung, minyak masak
24
Barangan kering & rempah
* Kami juga menerima barangan atau pakaian terpakai yang masih elok untuk digunakan.
Rumah ini akan mula dibaikpulih pada pertengahan Januari 2009 untuk membaiki paip dan dinding yang bocor, lantai yang pecah termasuk membina tempat wuduk dan tembok di bahagian belakang rumah sebelum anak-anak ini masuk pada Mac 2009.
Sekiranya Tuan/Puan berhasrat untuk memberi sumbangan atau mengetahui lebih lanjut tentang rumah anak-anak yatim ini, sila hubungi:
En. Mohd Shukry Md Latar 019-6539701 shukry_latar@ yahoo.com Ust. Helmi Jamaludin 012-5774873 solehin_ioa@ yahoo.com. my Dr. Haji Lukman Z. Mohamad 012-2904873 lukmanzm@hotmail. com
Segala sokongan, sumbangan dan bantuan yang diberikan oleh Tuan/Puan dalam menjayakan usaha ini didahulukan dengan ucapan jazakullah khairan khatiran dan berbanyak terima kasih. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Yang Benar,
En. Mohd Shukry Md Latar Pengerusi Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri
p.s. Mohon disebarkan kepada rakan-rakan yang ingin membuat amal jariah.
apa kalau kita start collect duit , lepas kita belikan barang keperluan dan kita buat satu ride kesana.
p/s cadangan sahaja.
1. MamatKapar RM10 2. 3. 4.
__________________
Lepak SANTAI MAT NEGRO!! ------------------------------- Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!. Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM call aku - 019-6003900...!!
apa kalau kita start collect duit , lepas kita belikan barang keperluan dan kita buat satu ride kesana.
p/s cadangan sahaja.
1. MamatKapar RM10 2.Dablek RM10.50 3. 4.
nak bg kt sp..?
bagi la Rm50 kan senang..... 50sen camna nak bank in?????
__________________
Lepak SANTAI MAT NEGRO!! ------------------------------- Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!. Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM call aku - 019-6003900...!!
mula2 kita lantik wakil2 kawasan / daerah. berapa jumlah collection nyatakan di sini.......baru lah kita buat satu kunjungan /ziarah ke rumah tersebut. cadangan saya laaa...
WAKIL2 KAWASAN. 1) KELANG - MAMAT KAPAR. 2) KUALA LUMPUR - HASRY /HAN RGF 3) MELAKA 4) N.SEMBILAN 5) JB / MUAR /BATU PAHAT 6) UTARA 7) KUANTAN 8) K/TRGGANU & K/BAHRU 9) DAN SETERUS NYA......