RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Forum: PROGRAM & RIDE 2012
PROGRAM & RIDE 2012

No New Posts   MAJLIS BERBUKA PUASA EDISI PERTAMA 2012 - DI RESTORAN D'DUSUN PINGGIRAN PUTRA (PUTRAJAYA) 28/7/2012

July 17, 2012

 

SALAM RETRO BUAT WARGA2 RMR YANG DIKASIHI & SALAM AWAL RAMADHAN ....


SAYA MEWAKILI RETRO JAJAHAN PUTRAJAYA/KAJANG/BANGI INGIN MENJEMPUT ANDA SEMUA WARGA RMR DI SELURUH TEMPAT YANG ADA KELAPANGAN MELUANGKAN MASA UNTUK MEMERIAHKAN MAJLIS BERBUKA PUASA EDISI PERTAMA:-


LOKASI :- RESTORAN D'DUSUN PINGGIRAN PUTRAJAYA

            (BERSEBELAHAN KOLAM MEMANCING DANAU PINGGIRAN)

 

TARIKH :- 28/7/2012 ( SABTU )  8 RAMADHAN

 

MASA :- 0630PM 


MENU DICADANGKAN :

- IKAN SIAKAP XL

- TOMYAM @ SUP

- SAYUR KAILAN IKAN MASIN @ KANGKUNG

- SOTONG @ UDANG TEPUNG

- TELUR DADAR

- NASI PUTIH

- BUAH2HAN ( PENCUCI MULUT )

- AIR BUAH 1 JUG

 

HARGA :- RM15.00 ( SEORANG )

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH MENGHUBUNGI :-

 

MARWIE 3XV :- 017-3766415

IQBAL :- 017-2861939 @ 019-5405349

 



-- Edited by marwie 3xv on Tuesday 17th of July 2012 03:18:09 PM



-- Edited by marwie 3xv on Tuesday 17th of July 2012 03:25:02 PM

No New Posts   RIDE KE TANJUNG LEMAN MERSING

July 8, 2012

Salam Retro... Kepada rider-rider yang dah lama menyepi jangan biarkan 2t tu beku. Sempena menyambut Bulan Ramadan Yang akan datang. Kepada sesiapa yang ingin turut serta, dialu-alukan pada 14/07/2012 hari Sabtu & Ahad.. Jadual perjalanan kami....(check point) Geng MUAR & Melaka berkumpul di Petronas Jalan Hj. Kusai Bakri. Pada Jam 7.30A.m Geng Bukit Gambir, Tangkak , Telok Rimba berkumpul di Petronas Parit sulung. Pada jam 8.30 A.m Geng Simpang rengam, yong peng, Segamat dan seangkatannya. Berkumpul di Petronas Air Hitam Kluang. Pada jam 10.00A.M PERHATIAN...kepada Semua Rider-Rider jangan lupa membawa khemah sendiri..Pihak Chalet mengenakan bayaran tapak 1 khemah RM10....

Started By: ullamotormuar

Comments: 6

Views: 1300

Last Post: Jul 28, 2012 by aura

 

No New Posts   jom camping kat tanjung Leman Johor...

June 28, 2012

   segala hormat nya kami dari retro selatan ingin mengadakan aktiviti penutup sebelum menyambut bulan ramadan...14/07/2012 bertempat di TANJUNG LEMAN negeri johor......bersantai2 Je 2hari 1mlm (sabtu & ahad)......jika ada sesiapa yg ingin mengikut perlu bawa khemah Sendiri la nampaknya....

 

untuk maklumat lanjut sila hubungi en. ullamotor biggrin(muar) 013-6257216

 

<<>>Muar Bandar Diraja<<<>>>Retro Selatan<<>>>biggrinbiggrinbiggrinwink



-- Edited by mok_killer on Friday 29th of June 2012 12:45:30 PM

Started By: mok_killer

Comments: 8

Views: 1924

Last Post: Jul 28, 2012 by aura

 

No New Posts   Program Amal Dan Berbuka Puasa Bersama NGO

July 27, 2012

530021_387026024698719_196582783_n.jpg

info:

http://azuramengamuk.activeboard.com/t37763884/salam-allbukit-gambir-marii/



-- Edited by aura on Friday 27th of July 2012 10:47:23 PM

Started By: aura

Comments: 0

Views: 856

Last Post: Jul 27, 2012 by aura

 

No New Posts   Jom Follow Ke Tanjung Leman

July 4, 2012

Aktiviti retro selatan seminggu sebelum puasa akan berkampung di tanjung leman johor pada 14-15/7.2012.

Pada Geng2 Yang Berdekatan atau Sewaktu Dengannya Yang Ada Kelapangan Jom Follow Kami...

Harap Maklum.!!

http://www.facebook.com/pages/retro-selatan/172010966200227

553747_379032942164694_1379096256_n.jpg

Started By: aura

Comments: 1

Views: 999

Last Post: Jul 17, 2012 by aura

 

No New Posts   ride jalan-jalan ke cherating 23-24/6/2012

June 28, 2012

saja suka-suka ride ke cherating..alhamdulilah lebih 45 biji motor-motor retro yang join..

terima kasih pada semua supporter dari kedah/Perak (NRM)..dari ..N9rd..   RD Terengganu..ROCK(kuantan) dan semua yang menjayakan ride kali ni..

layannnn....

sabtu..rnr temerloh pukul 2pagi..

dsc02348qm.jpg

dsc02349fg.jpg

 

Started By: manggo

Comments: 64

Views: 5524

Last Post: Jul 17, 2012 by manggo

 

No New Posts   Jemputan ke majlis kenduri kesyukuran sempena menyambut bulan ramadhan al mubarak

July 12, 2012

Assalamualaikum w.b.t

Disini saya mewakili tuan rumah iaitu Haji Lan serta rakan-rakan retro daerah rawang ingin menjemput saudara saudari Retro Malaysian Riders (RMR) ke Majlis Kenduri Kesyukuran Sempena Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak Yang Mulia ini dan diikuti Majlis Sambutan Hari Kelahiran Putera Sulong beliau. Aturcara majlis adalah seperti berikut :

Tarikh : 14 Julai 2012  

Masa/Waktu : Selepas solat isyak

Tempat : R7, Jalan Sepakat, Kampung Melayu Tambahan,

               48000 Rawang, Selangor.

Sudilah kiranya saudara saudari berkunjung di teratak kami untuk memeriahkan lagi majlis dan menyempurnakan hajat tuan rumah.

 

No New Posts   misi RMR johor/segamat/gemas menawan kapar/kg malaysia yang terkandas di meru

July 10, 2012

As salam., saje wat report sikit, sbb tunggu orang yang biasa wat report x buat2 pun, so aku pun main hantam jela....   sabtu lepas geng johor diketuai remyraider ingin menawan KAPAR & KMPG MALAYSIA, so mereka start perjalanan lewat dlm 6.00 pm kerana hujan lebat di sekitar johor...    tp alhamdulillah, semuanya selamat smpai ke destinasi yang ditujui walaupun ada yang hilang silencer,moto semput, dan sebagainye. hehehe.... mereka meneruskan perjalanan melawat OTAI1kt di kampung malaysia dulu, lepastu otai1kt  eskot mereka ke MERU....     jom layan gambar......

 

sementara tunggu dorang sampai, kami makan dulu kt rumah wak hassan ! DSC05144.jpg

semua tengah curik skill dari pomen deden. kekeekee

DSC05145.jpg

gto classic bak kate org  dari geng TRO. sy  x tau....

DSC05138.jpg

penuh kedai makan wak hassan dengan penyambut tetamu yg hadir.DSC05152.jpg

DSC05146.jpg

akhirnya sampai jugak mereka ke MERU di eskot oleh otai1kt dan rakan2 lain dari kmpg malaysia

DSC05156.jpg

semua kelaparan... tunggu makanan sampai.hehe

DSC05165.jpg

ni orang kampung den dari gomeh. hehe

DSC05163.jpg

lotihlaaa. nant sambung gmbar lagiiii

 

 



-- Edited by azman_mengamuk on Wednesday 11th of July 2012 11:10:28 AM



-- Edited by azman_mengamuk on Wednesday 11th of July 2012 11:10:51 AM

No New Posts   LEPAKING JAJAHAN PUTRAJAYA 12/6/2012

June 11, 2012

salam retro..adalah dimaklumkan kepada geng2 lepaking Ali Bistro bahawa petang ini akan diadakan lepaking LUAR BIASA sempena meraikan Che Matt Peroz yang akan pulang berkhidmat di kg halamannya..tempat dan masa mcm biasa ler..moh kite..

LOKASI :- PRESINT DIPLOMATIK AREA MYDIN / JPA 3
RESTORAN :- ALI BISTRO
ANJURAN :- RMR JAJAHAN PUTRAJAYA........

sebarang pertanyaan marwie 3xv :- 0173766415

Started By: marwie 3xv

Comments: 29

Views: 1608

Last Post: Jul 14, 2012 by rizal_bangi

 

No New Posts   Meeting lepak minum 3 negeri...MELAKA, N9, MUAR JOHOR..

July 9, 2012

Kwan sje bukak topik ni sbb nk kasi tmbah meriah ckit ini forummbiggrinbiggrinbiggrin...baru le sume kengkwn xbosan..n ini forum tadak sepiyawnyawn...walaupun hanye gmbar2 lepak minum kecil kecilan...!!! blehblehblehbleh

No New Posts   Jemputan Kenduri Kawin Angah DELEK... Sabtu 26/5 & AHAD 27/5!!!

April 23, 2012

Sdr. Angah Delek mewakilkan saya
untuk menjemput kesemua rakan2 forum RMR dan juga rakan Retro untuk majilis Kenduri Perkahwinan beliau :-

Tarikh :- Sabtu 26/05/2012 ( Rumah Pengantin Perempuan )
Lokasi :
No.22, Lorong 6, Kg. Dato hormat , 45100 Sg. Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor.

atau     

AHAD 27/05/2012 ( Rumah Pengantin Lelaki )
Lokasi : lot 4750, Jalan Hj. Mokhtar, 45100 Sg. Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor.

       40200 Shah Alam

Semoga kehadiran rakan2 dan doa restu akan menyerikan
dan memeriahkan lagi majilis tersebut.


No New Posts   Jemputan kenduri perkahwinan sdr. Amer @ memerang laut @ Abuya!... Ahad 3/6/2012

May 20, 2012

Sdr. Amer mewakilkan saya utk menjemput rakan2 Retro semua ke Majilis perkahwinan beliau yg akan berlangsung:-

Tarikh : Ahad 3/6/2012

lokasi : Flat Sri Perantau, Kg. sg. Sireh Port Klang.

Satu Ride akan diadakan ke sana dan details akan dimaklumkan selepas event Santai retro PD 2012 minggu depan!..

Stanby!!

No New Posts   salam. sekadar cadangan..

June 21, 2012

kalau la RMR mengadakan Charity Ride pegi rumah anak2 yatim mesti seronok kan? nak2 da nak bulan puasa ni.. 

 

sekadar cadangan dari orang muda..smile

Started By: areyerb

Comments: 1

Views: 879

Last Post: Jun 29, 2012 by TENZ

 

No New Posts   Jemputan kenduri perkahwinan sdr. IKRAWMY @ Amy 9 *Ik San !... Ahad 17/6/2012

May 23, 2012

Sdr. Amy 9 mewakilkan saya utk menjemput rakan2 Retro semua ke Majilis perkahwinan beliau yg akan berlangsung:-

Tarikh : Ahad 17/6/2012

lokasi : No. 10, Kg. Sg. Baru Ganong,05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman

Semoga kehadiran rakan2 retro semua akan memeriahkan lagi Majilis tersebut.

SELAMAT PENGANTIN BARU !!

No New Posts   Laporan Bergambar EXKLUSIF SANTAI RETRO RMR, PD 2012....!!!

May 28, 2012

Alhamdulillah, Sekali lagi kita berjaya utk mengumpulkan peminat dan pemilik motorsikal RETRO dalam event Santai RETRO RMR PD 2012 yg berlangsung semalam ( Ahad 27/5/2012), Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa event semalam adalah kemuncak atau dgn kata yg best lagi... EVENT yg TERBAIK diantara diantara 4 tahun penganjuran Santai Retro sebelumnya.

Malah saya sendiri berani mengakui, bahawa event semalam adalah event yg terhebat Negara dan konsep permotoran walaupun dgn dana ciput dan pemberian sedikit ruang dari pihak penganjur, Arena Entertaiment utk kami, RMR berjaya juga mampu membuktikan bahawa jika kita minat dan berusaha untuk menjadi yg terhebat... dgn usaha dan kehadiran rakan retro kita BOLEH dan kita BERJAYA melakukannya.

Tetapi sudah pasti la, dgn perancangan ala koboi sytle dan SUKARELA TIADA BAYARAN PUN!!... sudah tentu ada cacat cela dlm penganjuran tersebut dan saya bagi pihak RMR minta MAAF di atas kekhilafan tersebut terutamanya rungutan dari rakan2 RETRO yg tidak dapat parking kerana kesemua parking2 yg disediakan telah penuh! samada oleh motorsikal Retro dan moden. Malah saya masih menerima rungutan dari rakan2 motor moden yg hadir, tidak berpuas hati kerana motor mereka diletakkan jauh... aku cuma mampu menjawab dgn senyuman..... " Event ni temanya RETRO !!.... bagi la chance kat motor retro nak showoff"....  !!

Apa yg pasti kehadiran semalam adalah yg teramai dalam sejarah,, ramai dari segi kehadiran motorsikal RETRO dan juga ramai dari segi kehadiran pengunjung... dan dari kejauhan saya melihat riak muka penganjur.. Pn Sabrina tersenyum terkejut kerana melihat lautan manusia berpakaian Merah yg sudah tentunya Gelombang Merah yg beliau inginkan .. tercapai.  Juga riak muka rakan2 yg hadir dari dekat dan jauh.. tersenyum puas serta bangga dan gembira kerana hadir dan menjadi saksi kehebatan event tersebut!.

Saya tidak mampu mengucapkan pada setiap individu... cukuplah saya ucapkan di sini dgn ucapan RIBUAN TERIMA KASIH kepada semua kerana hadir !... dan saya mewakili RMR meminta maaf pada PM Malaysia kerana ribuan belia yg sepatutnya pergi ke Putrajaya sempena hari belia semalam... telah termelencong ke Tg. Kemang PD utk melihat kehebatan RMR dan.... kehenseman aku!,,,, ADIDOS!!

 

No New Posts   Santai RETRO RMR 2012.... Teluk Kemang, PD 26/5 & 27/5!!

April 4, 2012

Bersedia!!

Tarikh keramat Santai Retro PD telah pun di gazetkan iaitu pada 26/5/2011 & 27/5/2011 ( Sabtu dan Ahad ). Menurut penganjur, Arena Entertaiment, Pelbagai aktiviti sedang disusun di peringkat negeri dgn kerjasama Kementrian Belia dan Sukan, Agensi Perlancongan N9, Majilis Daerah dan Stesen Radio tempatan akan terlibat dlm event kali ini.

Sekira tiada halangan, seperti biasa akan diadakan motorshow retro seperti tahun lepas 2011 dimana motor tercantik/terbaik setiap ketegori akan diberi pengiktirafan. Semua adalah percuma... hanya parking jer motor.. automatik motor anda layak dinobatkan sebagai pemenang. sebab itu kita mahu setiap pemilik meletakkan motorsikal di kategori tertentu agar senang juri yg dilantik menilai. Seperti juga tahun lepas, juri yg dlantik adalah dikalangan ketua/chip kawasan atau jajahan.

selain itu juga... ada juga Anugerah yg akan dipilih di PD nanti... seperti

1. Anugerah Mat Retro

2. Anugerah Otai Retro

3. Anugerah Famili Retro

4. Anugerah Gadis Retro

5. Anugerah Rider RETRO Warga emas....

6. Anugerah Geng Retro Terhebat ... dll

semua yg dinyatakan diatas adalah sebagai contoh.... diharap rakan2 didalm forum ini dapat memberi idea lain.

ok... satu lagi.... hadiah2 Anugerah tersebut perlukan penaja atau sumbangan, Maka pihak RMR mengharapkan Peniaga2 yg berjaya dlm forum RMR ini atau orang persorangan dapat memberi sumbangan.

No New Posts   Konvoi terbesar motorsikal... bulan Mei 2012 nanti..INSYALLAH!!!

March 14, 2012

Semua sudah sedia maklum.... bulan MEI seperti 4 tahun berturut2 sebelumnya.. KITA.. Komuniti Retro Malaysia telah mencipta sejarah tersendiri dgn mengadakan Perjumpaan/Gathering motorsikal RETRO seantero Malaysia yg diadakankan di Teluk Kemang PD. dgn jumlah kehadiran motorsikal RETRO yg mencecah ribuan, itu tidak termasuk kehadiran rakan permotoran motorsikal moden yg turut hadir sama.

Apa yg lebih dibanggakan, kehadiran kita semua adalah atas dasar minat dan persahabatan tanpa perlu disponsor atau dibayar oleh penaja tertentu... dengan kata lain... Sendiri BUAT event!!... walaupun ada pihak penaja yg terbabit seperti ARENA Entertainment.. pihak tersebut hanyalah sekadar menyediakan tapak/permit khemah berkumpul dan sound system... tiada sokongan dana dari mereka... namun komitment kita sebagai sebuah Group/kumpulan yg tidak mempunyai dana... masih mampu membuat sesuatu yg luar biasa.

Maka untuk kali ni.... SANTAI RETRO PD untuk tahun 2012.. KITA CUBA UNTUK MELAKAR SEJARAH NEGARA SEKALI LAGI DENGAN MENGADAKAN KONVOI MEGA RETRO. Dengan kehadiran peserta yg menjangkau lebih 3 ribu motorsikal RETRO dan lebih 2 ribu motorsikal moden... (anggaran jumlah peserta tahun lepas) maka kita MAMPU menandingi konvoi hebat negara sebelumnya... seperti TMBA... Trans-Malaysia Bikes Adventure -LUCKY STRIKE sekitar tahun 80an-90an yg telah dinobatkan sebagai konvoi motorsikal yg terhebat.

Jadi!!!... BERSEDIALAH ANDA UNTUK MENJADI SEBAHAGIAN SEJARAH NEGARA!!!... dan tanya diri sendiri APAKAH SUMBANGAN ANDA utk merealisasikannya????

 

No New Posts   RMR memeriahkan konvoi 1Malaysia - Sabtu 19/5/2012

May 19, 2012

RMR memeriahkan konvoi 1Malaysia - Sabtu 19/5/2012

Bermula dari Stadium Paroi N9 hingga Putrajaya!!..

Terbaekkkk....

sudah tentunya.... Ada RMR pasti?????????

462898_414253851929355_100000342324620_1398893_1778651109_o.jpg

464080_414246541930086_100000342324620_1398873_739728510_o.jpg

466006_3570242689779_1084327327_32548199_1651243137_o.jpg

No New Posts   JEMPUTAN MAJLIS PERKAHWINAN DARI SEGAMAT (RAMLAN RGF)

May 21, 2012

JEMPUTAN MAJLIS PERKAHWINAN DARI SAUDARA RAMLAN BIN ISMAIL...

TARIKH:-26.05.2012 (SABTU)

JAM:-IKUT KORANG FREE MASA BILA KERANA TETAMU DAH SEDIA KAN MAKANAN YANG SECUKUPNYA.

LOKASI:-BATU ANAM SEGAMAT (BALAI RAYA KG PAYA LEBAR).

SILA ROGER PIHAK BERKENAAN UNTUK KETERANGAN LANJUT:-

RAMLAN RGF 0177713179

DOLLAH YP 0177299644

ABG POS 0127051247

BAI 3MA 0177036022

SEMUA WARGA RETRO DI JEMPUT HADIR UNTUK MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS BELIAU..KITA DOA KAN BELIAU KEKAL HINGGA KE HUJUNG NYAWA....



-- Edited by tabuan tanah on Tuesday 22nd of May 2012 07:51:33 AM

No New Posts   Jemputan Slot pagi MHI-TV3 dan SPM-TV1

April 23, 2012

Insyallah jika tiada aral melintang, RMR akan dijemput utk program slot pagi MHI *Malaysia hari ini di TV3 dan SPM- Selamat Pagi Malaysia RTM TV1. Kena komitment utk berada di TV3 /RTM seawal 6.30 pagi.. pada hari Bekerja.
Oleh kerana penerbit mahukan motorsikal retro sekitar 20 biji, maka pemilihan akan dilakukan mengikut kateria motorsikal RETRO yg dikehendaki utk tujuan mempromosi Santai Retro PD dan RMR Khasnya... dan keutama juga diberikan pada rakan2 yg aktif bersama ride RMR.... macam Aku... Huaa ha ha!!
Harap memahami situasi dan tidak berkecil hati jika tidak terpilih menyertai slot Program TV tersebut.

Started By: MamatKapar

Comments: 68

Views: 3963

Last Post: May 22, 2012 by paklong gagak itam

 

No New Posts   Ride SUKA-SUKI Hari WESAK ke Morib, Banting - Sabtu 5/5/2012!!

May 1, 2012

Jemputan dari Geng LUCKY STRIKE -Banting Bro Arraf!!

Tarikh rasmi Gathering Retro di Pantai MORIB telah pun ditetapkan pd Sabtu ini 5/5/2012 dan pada tarikh yg sama juga  JKM K. Langat akan mengadakan PAMERAN MOTORSIKAL KLASSIC & RETRO di KARNIVAL Pembangunan KOMUNITI.

Tempat : INSTITUT LATIHAN Perindustrian, Banting Selangor

Waktu : 9.00 ~ 5.00 Ptg

Waktu Lepak Gathering MORIB di Dataran MORIB

: 3.00 ptg ~ 12.00 Malam

Kepada Semua Geng2 RETRO di Jemput Hadir!!!..JOMMM

No New Posts   ronda-ronda pantai MORIB.......

April 20, 2012

1hb Mei ni, berkemungkinan tayar motor GKS akan bergolek-golek menuju ke pantai morib, SELANGOR......Biar pon keahlian xbegitu ramai namun semangat nk cube masuk kawasan lawan(jajahan) agak terhad....kepada rakan2 RETRO(RMR) yg berkesempatan leh la kita BERSUA MUKA BUKU disana....

pada chip-chip jajahan, kami datang bukan nk tawan.....cume nk jengah-jengah yo......mana la tau kot2 ado port yg buleh dijadikan kawasan untuk serang hendap pd lain maso...... 

semoga perjalanan kami berjalan lancar....biggrinbiggrinbiggrinbiggrin

 

Started By: braderhairy

Comments: 20

Views: 2718

Last Post: May 9, 2012 by paklong gagak itam

 

No New Posts   KARNIVAL Anak Muda SelangorKU!!... dan Event SELANGOR MOTOR RACE-Litar -AHAD 6/5/2012

May 3, 2012

Yeee haaaa...

RMR telah dijemput untuk mengendali MOTORSHOW dan memeriahkan

KARNIVAL Anak Muda SelangorKU!!... dan Event SELANGOR MOTOR RACE-Litar SPEEDWAY ELITE
akan diadakan seperti berikut:-

Lokasi : Parking Lot,
Litar SPEEDWAY ELITE

(RNR USJ = Highway ELITE menuju KLIA)
Tarikh : AHAD 06/05/2012
masa : 9.00 Pagi

Ketegori Motorshow :-
1. Vespa/Lambretta/Scooter
2. Klassic Open ( Clutch dan Kapcai )
3. Retro RXS / RXK / RX dan seangkatan.
4. Retro Open A ( 150cc kebawah)

5. Retro Open B ( 151cc ke Atas )

6. GT / GP / TRS

7. Panther Jerung/Gama/Dugong

8. RXZ ( semua jenis RXZ termasuk Catalyzer )

Hadiah pemenang 1 ~3 setiap ketegori

dan juga hadiah hamper utk game motor ... hadiah utk ketegori motor comot, stiker cantik dan sebagainya... juga CABUTAN Bertuah!!

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!!!!!!!!!!!!..... saya ulang....PERCUMAAAAAAAAA!

Ustad Azhar Idrus pun ada...

Jooommmmm!

No New Posts   TM BIKERS CARNIVAL 2012 @ 9-11May2012

May 3, 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Warga Bikers (minta izin tuan Mod untuk iklankan perkara ini),


bannerkarnivaltmforadv.jpg

Saya Mewakili seluruh warga kerja TM Bikers Malaysia (lebih dikenali sebagai Telekom Malaysia Bikers) ingin menjemput semua warga Bikers untuk turut serta didalam program Karnival yang bakal diadakan pada tarikh & masa seperti dibawah :

Program : Karnival TM Bikers 2012
Tarikh : 9-11 Mei 2012 (Rabu-jumaat)
Masa : 9 Pagi - 5 Petang

Ini merupakan Karnival Kali Ke-2 sepanjang penubuhan TM Bikers sejak June 2010.
Keahlian TM Bikers adalah dari anggota TM itu sendiri.

Karnival Kali ini akan disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan NGO seperti PDRM yang akan membuka kaunter pembayaran saman, Perkeso (untuk pertanyaan berkenaan hak sebagai ahli/pencarum etc), Persatuan Pengguna Jalanraya Malaysia (PPJM), JKJR, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, BOMBA, dan perbagai agensi lain dari swasta seperti Hospital Pantai, Pelajar Kolej Perubatan Masterskill yang akan membuat demo Kesihatan dan perbagai lagi.

Disamping itu juga, Penyertaan kali ini disertai oleh Pengedar motosikal berkuasa tinggi Pihak Naza Bikers Dream & Welly Advance Cycle akan mengambil bahagian dimana mereka akan membuat promosi jualan motosikal sehingga 30% potongan harga. selain itu, TM Bikers sendiri akan membuka Booth jualan merchandise, Pihak Retrosuperbike Malaysia akan membuka kaunter jualan barangan Runcit yang mana akan mengadakan aktiviti jualan lelong sebanyak 70% barangan Runcit, RD Club juga akan membuka kaunter jualan merchandise mereka, tidak terkecuali Motostylestore yang mana akan menjual barangan aksesories motosikal yang mana diskaun sebanyak 50% untuk pembeli dan perbagai acara menarik yang lain menanti pengunjung.

untuk meransangkan lagi acara karnival tahun ini, pihak penganjur (TM Bikers) akan menyediakan Goodies Bag kepada Mana2 kelab motosikal yang hadir bersama kumpulan (sekurang-kurangnya 10 motosikal). Selain daripada itu, pelbagai aktiviti menarik telah disusun pihak penganjur seperti cabutan bertuah berupa helmet, hamper, merchandise TM Bikers dan lain-lain lagi.

Datang lah beramai-ramai!!!

parking untuk motosikal akan disediakan di Lobby Utama Menara TM.

sebarang Pertanyaan, sila berhubung dengan saya.

sekian terima kasih

-zaimi-
019 359 6229
FB : TM Bikers Malaysia



-- Edited by zaimittc on Thursday 3rd of May 2012 10:50:34 PM



-- Edited by zaimittc on Thursday 3rd of May 2012 10:51:08 PM

Started By: zaimittc

Comments: 7

Views: 1131

Last Post: May 8, 2012 by naim@bote

 

No New Posts   RMR - Jemputan utk membuat pameran moto2 retro di Studio FINAS - SABTU 21/4/2012!!

March 28, 2012

jeng...jeng....jeng...

Pada hari dan waktu yg sama RMR juga mendapat jemputan utk membuat pameran moto2 retro di Studio FINAS ...jadi kpd rakan yg tak berkesempatan ke kuale boleh ke sini ......surat jemputan rasmi akan menyusul sedikit ari lagi.

Mungkin saya dan mamat Kapar akan berpecah utk support kedua2 event tersebut.. Kuala Kangsar dan Finas.

No New Posts   4th Gathering...!! Ride to Kelantan 28 april - 1 mei 2012

February 8, 2012

Ride  to  Kelantan

28, 29, 30 april & 1 mei 2012

 

 

Assalamualaikum & salam sejahtera..

 

Seperti mana 1st gathering di Mersing,  2nd gathering di Kuala Terengganu  dan 3rd gathering di Cameron Highland.

Kini 4th gathering seperti yang pernah diwar-warkan adalah di Kelantan.

 

Tarikh :  28 April  (sabtu) 7am   -  1 Mei (selasa) 12:30pm.

 

Tempat :  Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.

 

Bayaran :  Akan diumumkan secepat mungkin.

 

Pakej :  Penginapan 4 hari 3 malam, T-Shirt ride, souvenir, lucky draw, BBQ & karaoke.

 

Laluan :  Masih dalam perbincangan.  Laluan cadangan:

Dari KL

KL - Terengganu - KB.

KL - K.Lipis - KB.

KL - K.Kangsar - Gerik - KB.

Dari Selatan

JB - Muazam Shah - Terengganu - KB.

JB - KL - Terengganu - KB.

JB - K.Kangsar - Gerik - KB.

Dari Utara

Baling - Gerik - KB.

K.Kangsar - Gerik - KB.

 

 

Design T-Shirt, jadual perjalanan & bayaran penyertaan akan menyusul.

Sebarang perubahan @ maklumat terkini akan diupdate.

 

Tq RMR..

Started By: A.Syamim

Comments: 105

Views: 6343

Last Post: May 6, 2012 by BoySp

 

No New Posts   laporan berdarah ride kenduri abg cumel bersama rdclub utara

April 29, 2012

assalam...syukur pd allah s.w.t dgn izinya

ride ke kenduri abg cumel berjaya hendaknya.....

dan xlupa pd sahabat2lama rdclub utara turun

bersama2 kami.....alhmdlaah itu yg kami inginkan...

bersahabat sampai bila2....kerna nilai persahabatn itu terlalu

bermakna bg kami...saksikan laporan berdarah ini.......

No New Posts   LAPORAN ...Sessi photoshoot dgn MyRides MAGAZINE!!!... Ahad 25/3/2012

March 22, 2012

baru saja mendapat informasi, bahawa pihak Majalah ingin mengadakan sessi photoshoot bersama RMR dlm slot motorsikal retro.

Oleh yang demikian pada sesiapa yg berminat dijemput datang untuk sesi tersebut. Oleh kerana lokasi masih belum dikenal pasti.... maka kita akan berkumpul di Rumah Otai1kt di Kg. Malaysia, Sg. Besi.

Pada AHad pagi Kol 9.00am... kita sarapan bersama dahulu.

Dress code... baju Merah RMR dan Retro!!

JOM!!!!!



 



-- Edited by MamatKapar on Friday 4th of May 2012 08:16:00 AM

No New Posts   Laporan BERGAMBAR.. tangkap JIWA dan senak Ulu hati!!!, RETRO Motorshow - Jemputan oleh MUSC Motorsports -29 APRIL 2012

April 29, 2012

Salam Semua,

Event Bike Fest anjuran MUSC berlangsung tadi petang, seperti yang dijanjikan sebelum, tempat berkumpul adalah di Rumah Otai1kt di Sg. Besi. Jam 9.30 pagi aku dah sampai kt rumah otai, agak hampa kerana cuma aku dah otai1kt yg ada nak join event ni...yg lain tak muncul. so, ingatkan nak batal jer ride ini, tapi sebab ada geng lain yg boleh buat ride walaupun dgn hanya 2 biji moto. maka aku dan otai1kt pun tetap meneruskan ride seperti yg dirancangkan agar ada la laporan nanti untuk forum RMR. ... kalau tak jadi sama je dgn forum yg sebelah... sunyi sepi!..hehehe

oleh kerana takde motor RETRO, maka laporan kali ini aku hanya amik gambar pompuan jer.... aku Posing... otai1kt snap photo!... harap laporan kali ini tiada yg rasa jeles atau cemburu... aku terpaksa lakukan posing sebegini kerana terpaksa dan dipaksa...

lagi pun korang dan BOSAN dgn gambar moto kan?..kan?

sila stanby..tisu.. utk lap hidung..jika kuar darah!!



-- Edited by MamatKapar on Sunday 29th of April 2012 11:10:39 PM
«First  <  1 2 3 4  >  Last»  | Page of 4  sorted by
Forum Information
Total Posts: 3658
No New Posts New Posts
Topic is Closed Sticky


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard